Sejak tahun 2018 hingga Mei 2022, sejumlah 1,242 kemalangan membabitkan penunggang/pemandu penghantar makanan dan barangan atau p-hailing direkodkan di negara ini, menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MoT).
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 112 daripadanya adalah kemalangan maut dengan 82 membabitkan kecederaan parah manakala 1,048 lagi membabitkan kecederaan ringan.
Statistik berkenaan disediakan MoT dalam jawapan bertulis bertarikh 19 Julai ke Dewan Rakyat, memetik laporan The Star.
MoT berkata kementerian itu menjalankan pelbagai kempen advokasi dan keselamatan untuk mendidik penunggang dan pemandu p-hailing ini tentang keperluan menjalankan kerja penghantaran dengan selamat.
Selain itu, kementerian turut mendedahkan penemuan hasil kajian tingkah laku penunggang/pemandu p-hailing menerusi rakaman CCTV di Sistem Maklumat Pengangkutan (ITIS) di 11 jalan utama di Kuala Lumpur yang membabitkan 16,308 penghantar.
"Didapati 62 peratus penunggang berhenti di laluan pejalan kaki. 14 peratus daripadanya menggunakan telefon dan melanggar lampu merah, 7 peratus membuat pusingan U haram dan 3 peratus menunggang/memandu melawan lalu lintas."
Statistik itu disediakan oleh MoT bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yang bertanyakan jumlah kematian dan kemalangan membabitkan penunggang/pemandu p-hailing dari 2018 hingga Jun tahun ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}