Satu rakaman dashcam mula tular di media sosial menunjukkan sebuah Proton Persona, dipercayai manual dan dipandu seorang wanita, terundur beberapa kali dalam cubaannya untuk mendaki jalan curam sehingga menyebabkan pemandu di belakangnya ‘seram sejuk’ kerana takut dilanggar dari arah hadapan.
Rakaman yang dikongsikan oleh pengguna FB Wenn Jie di grup DashCam Owners Malaysia itu memperlihatkan situasi apabila berdepan dengan pemandu kereta manual yang kurang mahir dalam memecut ke hadapan setelah berhenti di jalan berbukit.
Insiden berkenaan dikatakan berlaku di jalan masuk parkir bertingkat Paradigm Mall JB. Pemandu di belakang Persona berkenaan terpaksa bertindak pantas mengundurkan kereta dan menekan hon beberapa kali bagi mengelak dari dirempuh oleh Persona yang menggelongsor laju ke belakang itu. Setelah beberapa kali mencuba, pemandu Persona itu akhirnya berjaya mendaki dengan selamat.
Perkongsian tular berkenaan menerima lebih 6.8k tanda suka, 2.8k komen dan 4.7k kongsian. Ramai yang mengatakan pemandu kereta manual perlu ada skil dan kemahiran, terutama sekali dengan klac dan brek tangan apabila memandu di kawasan berbukit. Yang pasti, inilah ujian yang paling digeruni di sekolah memandu namun harus dimahiri demi keselamatan diri dan orang lain.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}