Sime Darby Motors kini sedang giat mengenal pasti lokasi bagi stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di sepanjang lebuh raya di Semenanjung Malaysia.
Menariknya, mereka berancang untuk letak di setiap 200 km ke 300 km bagi memastikan ia berdekatan dengan kawasan penting.
Juga baca: Sime Darby Motors mahu tingkatkan jumlah kereta elektrik (EV) Malaysia, kerjasama dengan TNB
Untuk makluman anda, Auto Bavaria iaitu pengedar BMW terbesar dan paling lama beroperasi di Malaysia sedang menerajui usaha pembinaan infrastruktur terbabit. Setakat ini, sebanyak 33 kemudahan pengecas sudah beroperasi di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Menurut Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, mereka sedan giat membina stesen pengecas EV dengan matlamat untuk meningkatkan jumlah penggunaan kenderaan elektrik di tanah air kita.
Pada masa yang sama, usaha ini juga adalah untuk memudahkan pemilik EV, terutama buat jenama EV yang berada di bawah syarikat Sime Darby Motors.
Juga baca: Pengecas Wallbox & Sime Darby jalin kerjasama untuk percepatkan penggunaan EV di Malaysia
Sumber: Harian Metro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}