Hyundai Motor Group sedang mempercepatkan rancangan mereka untuk menghasilkan cip semikonduktor automotif mereka sendiri. Pengeluaran komponen penting yang berdepan kekurangan global ini akan diterajui oleh ahli gabungan alat ganti kumpulan itu, Hyundai Mobis.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi Hyundai dan Kia untuk menangani risiko dari isu kekurangan bekalan semikonduktor di peringkat global. Permintaan bagi cip ini semakin meningkat susulan pembangunan pesat dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan berautonomi.
Cip semikonduktor telah menjadi antara faktor terpenting dalam kebolehan daya saing kenderaan kerana EV dan kenderaan berautonomi memerlukan lebih daripada 500 – 1,000 cip ini. Jumlah inio tiga kali lebih banyak berbanding jumlah yang diperlukan untuk menghasilkan kereta berenjin pembakaran (ICE).
Memetik laporan Korea Times, Hyundai Mobis berhasrat untuk menumpukan usaha mereka keatas ‘power semiconductors’ dan ia sedang dalam proses membangunkan serta menghasilkan cip berkenaan. Selain itu, syarikat itu juga merancang untuk menceburi teknologi ‘system semiconductors’.
Juga baca: Pakar: Krisis bekalan cip dunia akan berterusan sepanjang tahun 2022, 2023 ada sinar harapan?
‘Power semiconductors’ adalah salah satu komponen penting yang boleh memanjangkan jarak perjalanan sesebuah EV. Disamping itu, semikonduktor berprestasi tinggi merupakah komponen utama dalam pemanduan berautonomi dan kepintaran buatan (AI).
Bagaimanapun, ‘system semiconductors’ mesti dihasilkan secara langsung atau secara konsainan menerusi faundri. Hyundai Mobis besar kemungkinannya akan memilih produksi konsainan kerana pembinaan kilang semikonduktor memakan masa dan kos yang besar.
Buat masa ini, enam buah syarikat termasuk Renesas (Jepun), NXP (Netherlands), Infineon (Jerman), Texas Instruments dan Microchip (AS), serta ST Microelectronics (Switzerland) menghasilkan dan membekalkan 90 peratus daripada sistem semikonduktor automotif dunia.
Syarikat-syarikat Korea pula hanya memegang 2 peratus daripada pasaran berkenaan.
Juga baca: Honda Malaysia – penyerahan kereta dijangka lewat akibat pandemik & bekalan cip yang terhad
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}