Ketika penganjuran GP Malaysia 2019, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mencipta sensasi apabila lebih daripada 170,000 kehadiran pengunjung direkodkan dan untuk edisi 2022, sasaran tinggi turut diletakkan venue perlumbaan kebanggaan negara itu.
Sekalipun mengakui jualan tiket untuk acara berprestij tinggi itu ketika ini agak perlahan malah dikatakan belum mencapai 50 peratus (sebelum pelancaran rasmi GP Malaysia 2022), Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif optimis situasi itu akan berubah.
Ketika pelancaran GP Malaysia 2022, Selasa lalu, Azhan Shafriman mengumumkan pelbagai rancangan yang disusun bagi merancakkan jualan tiket.
Ia termasuklah pengesahan kehadiran wira tempatan, Syarifuddin Azman atau Damok yang sah bakal berlumba menerusi tiket 'wildcard' dalam kelas Moto3.
Antara pengisian lain yang dirangka termasuk promosi, aktiviti pelumba yang menarik adalah seperti berikut:
Sempena bulan kemerdekaan pada Ogos, SIC mengadakan promosi khas jualan tiket sehingga 31 Ogos ini iaitu:
Promosi itu adalah:
Dan tiket promosi ini boleh dibeli di laman web www.sepangcircuit.com.
Sebagai tambahan, GP Malaysia turut menjadi Grand Prix (MotoGP) pertama yang mempersembahkan pengalaman gaya hidup baharu dan festival terpilih rasa yang menggabungkan makanan dan budaya tempatan, luaran, muzik secara langsung, pemasangan seni dan pengaktifan unik dibawah satu bumbung.
Dengan kehadiran Petronas selaku penaja utama, pelbagai aktiviti keluarga dalam dan luar trek termasuk di KLCC turut disusun syarikat gergasi itu sepanjang minggu perlumbaan.
Menurut Azhan Shafriman, kempen promosi GP Malaysia 2022 dijadualkan pada 21 hingga 23 Oktober ini dimulakan agak lewat kerana ketidaktentuan susulan kemelut yang dicetuskan pandemik Covid-19.
Faktor lain adalah membabitkan harga tiket yang meningkat tetapi jika dibandingkan dengan perlumbaan lain termasuk di Indonesia, harga tiket GP Malaysia masih paling murah.
Justeru, beliau berharap rakyat Malaysia akan hadir dan memberi sokongan kepada GP Malaysia pada tahun ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}