Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo (Jokowi) berancang untuk mengumumkan penerapan harga baru buat Special Assignment Fuel Type (JBKP). Perkara ini melibatkan harga petrol Pertalite dan subsidi dari Pertamina.
Menurut beliau, harga mungkin berubah apabila State Revenue dan Expenditure Budget (APBN) dikaji semula, terutama setelah kuota subsidi bahan api habis. Menariknya, Kementerian Pelaburan dan Hubungan Maritim Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan berkata bahawa harga bahan api akan dinaikkan. Lagipun, Presiden Jokowi sendiri memberitahu bahawa sukar untuk mengekalkan harga sekarang.
Sementara itu, Kementerian Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto menjelaskan bahawa sekiranya Pertalite tidak disubsidikan, harga petrol RON90 itu tidak akan jadi 7,650 Rupiah seliter (~RM 2.31/liter) macam sekarang, tetapi 13,150 Rupiah seliter (~RM 3.98/liter).
Mengenai Pertamax (RON92) pula, harga kini adalah 12,500 Rupiah seliter (~RM 3.77/liter). Kalau ikut harga dunia, ia mencecah 15,150 Rupiah seliter (~RM 4.58/liter). Untuk diesel, kalau tidak disubsidikan, ia boleh naik sampai 8,500 Rupiah seliter (~RM 2.57/liter).
Menurut data dari Luhut, sehingga Julai 2022, penggunaan Pertalite telah mencecah 16.8 juta kilo liter. Kuota untuk tahun ini pula sebanyak 23 kilo liter. Jadi, tinggal 6.2 kilo liter sahaja.
Bagi anda yang belum tahu, situasi inilah yang berlaku di Malaysia dan kerajaan kita sedang mengetengahkan pendekatan subsidi bersasar iaitu untuk golongan yang berpendapatan lebih rendah.
Juga baca: Kementerian Kewangan M'sia mahu pendapat orang awam tentang subsidi bahan api bersasar
Sumber: AutoFun ID
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}