Haval baru sahaja melancarkan model Haval H6 Hybrid 2022 baharu di China. Dua varian ditawarkan semasa pelancaran iaitu Haval H6 DHT (Dedicated Hybrid Transmission) dan Haval H6 DHT-PHEV (plug-in hybrid). Model Haval H6 DHT sebenarnya telah membuat penampilan sulung pertama kalinya di Thailand tahun lepas. Ya, Thailand melancarkan SUV jenama China sebelum pasaran jenama domestik.
Harga bermula dari CNY 149,800 (~RM 98k) untuk H6 DHT, manakala versi hibrid plug-in berharga CNY 168,800 (~RM 110k) hingga CNY 176,800 (~RM 115k). Sangat kompetitif berbanding harga pasaran Malaysia, kan?
Jentera kuasa Haval H6 Hybrid China mencerminkan model yang telah dilancarkan di Thailand. Ia menampilkan enjin 1.5 liter pengecas turbo petrol yang dipadankan dengan motor elektrik. Output sistem gabungan ialah 243 PS dan 530 Nm.
Baca: Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah!
Bagi varian hibrid plug-in pula, output sistem gabungannya ialah 326 PS dan 530 Nm yang sangat mengagumkan. Haval H6 PHEV Cina boleh didapati dengan dua pilihan kuasa yang memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sebanyak 55 km dan 110 km. Kedua-dua varian dilengkapi dengan transmisi DHT 2-kelajuan Haval. "2-kelajuan" bermakna ia menggunakan set gear planetary berkembar untuk mengimbangi operasi enjin dan motor elektrik.
Selebihnya, Haval H6 Hybrid spesifikasi China ini tidak menampilkan sebarang perubahan berbanding model petrol biasa. Ia turut menggunakan paparan infotainmen bersaiz 10.25-inci dan gugusan instrumen digital 12.3-inci. Ia turut disertakan dengan kemas kini perisian melalui udara (Firmware OTA), bermakna kemaskini dengan saiz fail lebih besar berbanding kemaskini OTA biasa.
Bagi kelengkapan keselamatan, Haval H6 Hibrid spesifikasi China juga mendapat ciri ADAS penuh dengan fungsi tahap 2 (L2), misalnya kawalan pelayaran adaptif (ACC), pengecaman papan tanda trafik (TSR), bantuan kekal lorong (LKA) dan Wisdom Dodge System (WDS).
Dodge dalam konteks ini bermaksud ia mampu mengesan dan mengawal Haval H6 secara automatik untuk mengekalkan jarak malar dengan kenderaan bersaiz besar, seperti trak, di lorong bersebelahan semasa memotong dan secara automatik mengarahkan kenderaan itu kembali ke landasan asal selepas memintas.
Semasa pelancaran jenama Haval di Malaysia, Wapcar.my telah menemui sebuah Haval H6 PHEV yang diletakkan di tempat parkir kereta, memberi bayangan bahawa Haval mempunyai rancangan untuk memperkenalkan varian khusus ini di sini.
Haval H6 versi biasa dan bukan hibrid juga dilihat di kawasan yang sama, jadi ada kemungkinan Haval mungkin menawarkan sekurang-kurangnya 2 varian SUV segmen C itu apabila ia tiba di sini.
Baca: Spyshot: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}