Syarikat pengendali e-hailing yang gagal mematuhi undang-undang seperti memperbaharui lesen yang telah luput atau gagal memaparkan maklumat pemandu kepada penumpang bakal dikenakan tindakan undang-undang.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi satu kenyataan hari ini berkata sebuah syarikat pengendali e-hailing didapati gagal memperbaharui lesen perniagaan pengantaraan (LPP) mereka seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).
Selain itu, syarikat berkenaan juga didapati gagal memaparkan eVP pemandu atau membenarkan penumpang mengenal pasti pemandu mereka menerusi aplikasi perkhidmatannya sepertimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 12A(8) Akta 715.
Juga baca: Selepas e-hailing, penghantar makanan juga bakal diwajibkan ambil lesen khas - kali ini GDL!
Tanpa menyatakan sebarang nama, MOT berkata syarikat berkenaan tidak dibenarkan memperbaharui LPP mereka yang telah pun luput pada 14 Julai 2022 dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telahpun mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat tersebut pada 18 Ogos 2022.
Kegagalan mematuhi undang-undang yang ditetapkan boleh mendatangkan risiko kepada pengguna dan juga pemandu yang menggunakan aplikasi terbabit untuk mencari penumpang. Para pemandu dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi sebegini bagi mengelakkan sebarang risiko atau liabiliti yang tidak diingini.
Juga baca: Proton Saga 2022 Standard Lite diperkenal - varian baru pada RM 38k, dituju untuk e-hailing & teksi
Sebagai penumpang pula, anda dinasihatkan untuk sentiasa memastikan maklumat seperti nama sebenar, jenis dan warna kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan, serta gambar pemandu ditunjukkan dengan jelas semasa menempah perjalanan menggunakan mana-mana aplikasi e-hailing atas dasar keselamatan.
“Individu yang mengendalikan perkhidmatan e-hailing tanpa LPP yang sah boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” sebut kenyataan itu.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}