Proton tubuh subsidiari baru Pro-NET bagi jualan, pengedaran Smart EV dan jaringan pengecas di Malaysia!

Selepas menandatangani perjanjian pengedaran am (GDA) bersama Smart Automobile pada 18 Ogos, syarikat kereta nasional Proton telah menubuhkan syarikat baru untuk menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan smart serta kenderaan tenaga baru (NEV) jenama sendiri.

Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-NET) adalah anak syarikat milik penuh Proton yang akan dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang berasingan manakala kakitangan operasi akan terdiri daripada pekerja luar daripada pelbagai industri.

Mengetuai anak syarikat itu adalah Zhang Qiang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau telah lama berkecimpung dalam industri automotif di China dan telah bekerja di Proton selama lima tahun di bahagian jualan dan pembangunan rangkaian.

Ahli pasukan pengurusan yang lain termasuk Salawati binti Mohd Yusoff, seorang veteran industri automotif yang berpengalaman selama 25 tahun, sebagai Ketua Pegawai Jenama (CBO), dan Sua Chek Hoong, tambahan baharu ke Proton dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri komunikasi dan IT, sebagai Ketua Pegawai Informasi.

Trio pengurusan (dari kiri) Sua Chek Hoong, Zhang Qiang dan Salawati Mohd Yusoff.

Pasukan pengurusan bertanggungjawab kepada lembaga pengarah yang diketuai oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton, dan disokong oleh Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton, Wang Huaibing, Ketua Pegawai Kewangan, Proton dan Amran Mohd Tomin, Naib Presiden Modal Insan & Pentadbiran, Proton.

Sistem pengecasan berbilang peringkat dipertimbangkan

Jualan kenderaan elektrik smart dijadualkan bermula pada awal suku ke-4 2023. Model pertama yang akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia ialah smart #1 dan Pro-NET kini membuat persediaan untuk pemasarannya.

Keutamaan Syarikat adalah penyelesaian isu pengecasan untuk pelanggan dan rancangan semasa adalah untuk menggunakan rangkaian pengecasan berasaskan rumah dan awam.

“Kajian kami menunjukkan penghalang kepada pengguna untuk membeli kenderaan tenaga baharu terikat dengan kebimbangan mereka tentang ketersediaan rangkaian pengecasan. Pro-NET berhasrat untuk menangani isu ini dengan gabungan pemasangan dan penyelenggaraan pengecas di rumah dengan rangkaian awam komprehensif yang dibina bersama rakan kongsi yang pakar dalam pembangunan dan pengendalian stesen pengecasan.

"Sebagai anak syarikat Proton, Pro-NET bertanggungjawab memastikan produk dan perkhidmatan kami boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada. Jadi, selain daripada pengecas tetap, kami juga sedang mempertimbangkan penyelesaian mudah alih untuk meluaskan liputan kami,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

“Industri kenderaan tenaga baharu sedang berkembang pesat, dan Pro-NET ingin memainkan peranan besar di Malaysia dan di luar negara. Memandangkan produk baharu ini tidak akan dibebani oleh barisan model terdahulu atau operasi perkhidmatan tradisional, ini adalah peluang untuk Proton merangka semula pengalaman pelanggannya dan menempatkan dirinya sebagai penyedia mobiliti yang mampu menarik perhatian pembeli baharu dan tradisional.

"Kami masih berada di titik permulaan perjalanan tenaga baharu tetapi dengan pengumuman rasmi hari ini mengenai Pro-NET, rancangan ini akan mendapat momentum yang membawa kepada lebih banyak perkembangan pada bulan dan tahun akan datang,” tambah Dr Li Chunrong.

Baca: Selepas sah jadi pengedar Smart EV, Proton tandatangan MoU bersama pakar panel solar Pekat Group!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Rush

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model