Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM) baru-baru ini merasmikan Driving Rehabilitation Service, perkhidmatan pertama seumpamanya di Hospital Pengajar UIAM zon Pantai Timur.
Alatan untuk para pesakit yang perlu menjalani sesi rawatan rehabilisasi ini telahpun disediakan di Unit Rehabilitasi SASMEC @IIUM dan dioperasikan oleh tenaga-tenaga pakar sebagai salah satu alat untuk kegunaan pesakit yang membantu mereka untuk kembali memandu selepas kecederaan, penyakit atau hilang keupayaan.
Menurut hantaran SASMEC @IIUM di laman Facebook rasminya, perkhidmatan ini adalah bidang khusus yang dilaksanakan oleh Jurupulih Perubatan (Carakerja) untuk menilai tahap keupayaan individu atau pesakit untuk kembali memandu dengan yakin dan selamat. Antara peralatan yang disediakan untuk rawatan berkenaan termasuklah 'rig' simulasi pemanduan.
“Selain itu juga SASMEC @IIUM adalah Hospital Pengajar pertama yang membuat penilaian Off Road menggunakan Driving Simulator di Pantai Timur. Penilaian dapat dilakukan kepada pesakit dengan lebih tepat dari segi kemahiran mengendalikan kenderaan dan juga kepantasan dalam bertindak serta dapat melatih pesakit untuk lebih berkeyakinan dalam pemanduan,” tulis kenyataan tersebut.
Difahamkan, beberapa kakitangan Unit Rehabilitasi telah menjalani latihan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk merawat pesakit yang memerlukan rawatan tersebut.
Tambahan pula, Carakerja bertanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan rawatan secara holistik yang merangkumi aspek pengurusan aktiviti harian, bermain dan juga rekreasi dan berkemahiran dalam mengendalikan perkhidmatan ini serta memberi cadangan untuk pengubahsuaian yang sesuai dengan keperluan pesakit.
Pengarah Hospital SASMEC @IIUM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Saufi Awang berkata, dengan adanya alatan ini ia dapat membantu para pesakit yang memerlukan rawatan tersebut dan dalam masa yang sama SASMEC @IIUM dapat meluaskan lagi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang memerlukan, selain menjadi perintis dalam memacu bidang pemulihan di Wilayah Pantai Timur.
Sumber: Facebook Sultan Ahmad Shah Medical Centre
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}