Sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) iaitu pengedar baru Peugeot di Malaysia bakal melancarkan Peugeot e-2008. Secara amnya, e-2008 adalah versi elektrik kepada SUV segmen B Peugeot 2008. Kalau anda nak tahu, versi petrol itu dipasang lokal (CKD) di fasiliti Stellantis di Gurun, Kedah.
Dari segi teknikal, Peugeot e-2008 menggunakan motor elektrik berkuasa 136 PS/260 Nm dan sumber kuasanya datang dari pek bateri berkapasiti 50 kWj yang terletak di bawah tempat duduk depan.
Menurut Peugeot, e-2008 dalam kitaran WLTP boleh dipandu sejauh 345 km dan angka ini sendiri lebih hebat daripada Mazda MX-30 dan Hyundai Kona (e-Lite & e-Plus).
Apa yang membezakan 2008 varian elektrik dengan biasa adalah gril depan yang berwarna badan, lencana “e” pada bahagian eksterior dan port mengecas yang menggantikan tempat mengisi minyak.
Bercakap mengenai ini, Peugeot e-2008 menggunakan penyambung CCS Type 2 yang menyokong pengecas pantas DC sehingga 100 kW. Kiranya, pengecasan pantas selama 30 minit sahaja sudah membolehkan baterinya mencapai 80%. Kalau pengecas DC tiada, menggunakan soket di rumah yang berkapasiti 7.4 kW akan mengambil masa 8 jam untuk membuat satu pengecasan yang penuh.
Setakat ini, antara pasaran yang menjual Peugeot e-2008 adalah United Kingdom, Di sana, harga e-2008 bermula dari 33,230 GBP (~RM 173k). Kalau diikutkan, ia sedikit mahal berbanding Mazda MX-30 (25,545 GBP, ~RM 133k) dan Hyundai Kona Electric (30,450 GBP. ~RM 159k).
Selain itu, antara pasaran yang bakal melancarkan Peugeot e-2008 adalah Singapura dan baru-baru ini, Peugeot Singapore telahpun membuka tempahan buat e-2008. Jadi, adakah crossover ini lebih memukaukan anda daripada Mazda MX-30 dan Hyundai Kona EV?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}