Satu lagi tanda aras bakal dicipta dalam arena automotif Malaysia apabila satu fasiliti industri bersepadu kereta 'Sport' atau 'Sportcar' serta akademi automotif terbesar negara akan dibina menjelang tahun 2025.
Kos untuk menyiapkan projek berkenaan dikatakan akan menelan belanja RM 10 juta di mana perkembangan menarik itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Kemudahan di bawah satu bumbung seluasa kira-kira 0.399 hektar itu akan menempatkan bilik pameran, pemulihan dan perincian kereta, aksesori serta perdagangan kereta yang dijangka akan menjadi mercu tanda monumental di Malaysia.
Selain itu, Akademi Perincian Auto (ADA) juga akan dibangunkan untuk individu berbakat meneruskan minat dan memulakan kerjaya melalui kursus pendidikan dalam teknologi automotif, kejuruteraan, pemulihan kereta dan perincian untuk mengembangkan industri automotif.
Sebelum pergi lebih jauh, fasiliti ini akan dibina melalui kerjasama antara Optimal Premium Motors Sdn Bhd (OPM), PrimeX Signature Sdn Bhd dan TOC Automotive College (TOC), menurut laporan Bernama.
Mengulas lanjut, Lian Ker berkata Malaysia menjadi pangkalan yang menarik untuk pengeluar automotif tempatan dan global selama bertahun-tahun dan kini menjadi negara ketiga permintaan tertinggi dalam industri automotif di Asia Tenggara.
Menurut Lian Ker, apa yang dilakukan oleh OPM, PrimeX dan TOC bukan sahaja akan menunjukkan yang industri automotif Malaysia sedang berkembang pesat, tetapi pada masa sama menyediakan golongan muda dengan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran mereka dengan pengetahuan yang boleh dibawa ke tahap lebih tinggi.
Pengasas OPM, Simpson Tan dalam pada itu berkatakan fasiliti baharu itu akan menjana lebih 600 pekerjaan merangkumi latihan teknikal dan pandangan mendalam mengenai industri sebagai sumbangan untuk membina populasi pekerja mahir yang besar di negara ini.
Sumber imej: FB Optimal Premium Motors Sdn. Bhd
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}