Berdasarkan laporan Mirror UK yang diwartakan pada Selasa lalu, senarai bandar yang mengenakan caj tempat parkir paling mahal di Britain telahpun dikeluarkan.
Tinjauan yang dibuat oleh syarikat kewangan Moneybarn ini mendapati bahawa bandar Edinburgh mempunyai purata caj tempat letak kenderaan paling mahal untuk sejam iaitu pada £7.78 (~RM 38.30).
Bandar kedua dalam senarai itu jatuh kepada Cambridge dengan purata £7.76 (~RM38.20) sejam. Tempat ketiga pula diduduki oleh bandar Norwich £6.73 (~RM33.13) sejam.
Kalau anda nak tahu, London sendiri berada di tangga keempat untuk lokasi parkir kenderaan paling mahal. Menduduki carta seterusnya adalah seperti di bawah:
5. Brighton
6. Nottingham
7. Glasgow
8. Bristol
9. Liverpool
10. Newark-on-Trent
Apapun, kita di Kuala Lumpur yang merasakan bahawa caj tempat parkir kenderaan mahal sebenarnya masih boleh diterima kalau dibandingkan dengan peringkat global.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}