Rekod baharu. Itu jangkaan Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA) mengenai jualan motosikal di Malaysia pada tahun ini yang dianggarkan berupaya mencapai sejumlah 700k unit.
Perkembangan positif itu disuarakan sendiri oleh Presiden MMSDA, Datuk Wee Hong, dalam satu majlis di Ipoh, baru-baru ini memetik laporan Sinchew.com.
Berdasarkan kepada jumlah pendaftaran motosikal di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sejumlah 485,709 unit motosikal dijual setakat Januari-Ogos tahun ini.
Ia adalah peningkatan 32 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu iaitu 368,665 unit.
"Untuk lapan bulan pertama tahun ini, jualan motosikal di Malaysia mencapai 60,000 unit sebulan secara purata.
"Secara keseluruhan, 595,970 unit motosikal dijual pada 2019 dan jumlah itu meningkat 4.5 peratus kepada 569,412 unit pada 2020 kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Pada 2021, ia meningkat lagi 8 peratus untuk mencapai 614,935 unit.
"Dari sudut perniagaan global, peluang muncul ketika krisis, atau kedua-duanya wujud, sama seperti kes jualan motosikal," kata Wee yang optimis angka itu mampu mencapai 700k tahun ini.
Dengan Pilihanraya Umum dikatakan akan berlaku bila-bila masa selain Belanjawan 2023 yang dijadual pada 7 Oktober, lebih banyak insentif dikhabarkan akan dikemukakan kepada rakyat.
Sebagai info, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan serangan pandemik Covid-19 sejak dua setengah tahun lalu menyaksikan peningkatan industri penghantaran dan logistik.
Dan ditambah dengan pelbagai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan kepada kelompok B40, ia membantu meningkatkan jualan motosikal.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}