Kenderaan berautonomi pertama Indonesia, Navya Autonom Shuttle AV, di BSD City kini sudah memasuki fasa kedua percubaannya. Kini, perkhidmatan bas ulang-alik tanpa pemandu ini telahpun dibuka kepada orang ramai secara percuma!
Perkhidmatan ini dioperasikan di bawah jalinan antara pemaju hartanah Sinar Mas Land dan Mitsubishi Corporation; berserta sokongan pembiayaan daripada Japan International Cooperation Agency (JICA) dan syarikat elektronik Macnica.
Fasa pertama percubaannya berlangsung dari Mei hingga Julai di QBig BSD City. Kini, fasa kedua pula dijalankan di kawasan BSD Green Office Park (GOP) bermula 27 Ogos 2022 hingga 5 Januari 2023.
Autonom Shuttle ini dihasilkan oleh Navya, pakar kenderaan berautonomi dari Perancis. Ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 33 kWh dan boleh dioperasikan sehingga 9 jam bagi setiap cas penuh. Bagaimanapun, bagi tujuan percubaan berkenaan, bas serba moden ini hanya akan dioperasikan selama 7 jam, dari 1000 ke 1700 jam, setiap Selasa hingga Ahad.
Bas elektrik ini boleh membawa 15 penumpang pada satu-satu masa – 11 berdiri dan 4 duduk – dan diintegrasikan dengan GNSS (Global Navigation Satellite Systems), penderia LIDAR (Light Radar) serta digabungkan dengan kamera-kamera beresolusi tinggi.
Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi, turut berharap yang perkhidmatan bas tanpa pemandu ini boleh ditayangkan di G20 Summit di Bali pada November nanti.
Juga baca: eMoovit dan Rapid Bus perkenal bas elektrik berautonomi, percubaan setahun di BRT Sunway
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}