Terowong Kuantan, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 2.8 kilometer telah berjaya ditembusi 2 bulan lebih awal daripada jadual.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata kejayaan ini merupakan bukti keupayaan kepakaran anak tempatan dalam projek pembangunan negara.
"Kejayaan penembusan 12 buah terowong ECRL sehingga hari ini membuktikan keupayaan pasukan projek dalam menangani cabaran dari segi kejuruteraan dan menerima pakai teknologi terowong yang lebih canggih.
Terowong Kuantan juga merupakan terowong terpanjang antara 12 buah terowong yang telah berjaya ditembusi. Ia juga melintasi dua buah negeri di Pantai Timur dengan anggaran 976 meter bahagian terowong di sebelah Pahang dan 1,890 meter terletak di Terengganu.
"Tambahan 3 terowong ECRL yang sedang menjalani kerja-kerja pengorekan dijangka akan tembus pada hujung 2022.
“Tahap kemajuan yang baik bagi kerja-kerja pengorekan terowong, yang juga merupakan antara kerja paling mencabar bagi projek ECRL, akan memudahkan penyiapan infrastruktur rel dari Kota Bharu ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak menjelang Disember 2026," tambahnya lagi.
Menariknya, kedua-dua portal masuk dan keluar terowong berada di bawah daerah Kuantan, Pahang. Terowong masuk di Kg. Alor Batu Jabor dan laluan keluar di Hutan Simpan Bukit Galing.
Pembinaan Terowong Kuantan membolehkan laluan kereta api ECRL memenuhi tahap maksimum kecerunan iaitu 0.9 peratus serta mengelakkan penebangan terbuka di Hutan Simpan Bukit Galing. - Bernama
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}