Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move

Pada tahun 2000, Perodua melancarkan model keempatnya yang cukup unik iaitu Perodua Kenari. Kereta yang berasaskan Daihatsu Move generasi kedua ini tiba-tiba menjadi salah satu model paling popular keluaran syarikat otomotif tempatan ini dan ia dikekalkan dalam barisan produksi hampir sedekad lamanya.

Dalam entri terdahulu, kami sudah menceritakan sejarah Kenari sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-20. Namun kali ini, kami ingin tumpukan perhatian anda kepada model Daihatsu ā€˜oriā€™ yang menjadi penderma kepada si Kenari, kereta ā€˜tin rotiā€™ kesayangan rakyat Malaysia.

Percaya atau tidak, Suzuki Wagon R asalnya tiada pintu sebelah kanan untuk penumpang di belakang

Lebih kurang seperti Daihatsu Mira yang menjadi inspirasi untuk Kancil, Kelisa, dan Viva, Daihatsu Move juga ada sejarah menarik yang mencecah usia 27 tahun. Ia telah menyaksikan sebanyak 6 generasi sepanjang hayatnya sejak ia dilancarkan pada 1995 sebagai pesaing kepada Suzuki Wagon R yang dilancarkan 2 tahun lebih awal.

Juga baca: Daihatsu Mira Gino ā€“ Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali!

Kali ini, kami akan ceritakan kisah Daihatsu Move bukan semata-mata dari lensa sejarahnya, sebaliknya kami akan huraikan terus 8 fakta yang anda mungkin belum tahu tentang kereta kei ini untuk anda kongsikan dengan rakan-rakan kelab pemilik Kenari nanti.

1. Dua generasi terawal direka oleh orang Itali

Daihatsu Compagno ā€“ salah satu kereta Daihatsu pertama yang sebenar ā€“ direka oleh ā€˜carrozzeriaā€™ atau ā€˜coachbuilderā€™ dari Itali iaitu Vignale

Pusat rekaan Daihatsu dan Itali bekerjasama dalam penghasilan beberapa model kereta pertama Daihatsu. Malah, sentuhan ā€˜Italianā€™ memberi pengaruh besar dalam peralihan Daihatsu dari trak komersial dan kenderaan roda-tiga kepada kereta penumpang untuk kegunaan rakyat marhaen.

Juga baca: Barang Rare: Daihatsu Mira untuk dijual. Original bukan Perodua Kancil yang diubahsuai!

30 tahun selepas Daihatsu Compagno diperkenalkan, Daihatsu telah meminta pertolongan dari satu lagi kumpulan dari Itali untuk menghasilkan rekaan kereta ā€˜tin rotiā€™nya supaya boleh bersaing dengan Wagon R. Berpengkalan di Turin, Itali, I.DE.A Institute diasaskan pada 1978 oleh Franco Mantegazza.

Move dan beberapa lagi hasil rekaan kereta ā€˜tin rotiā€™ oleh I.DE.A (dari bawah-kiri): Fiat Tipo, Alfa Romeo 155, dan Lancia Delta

Studio berkenaan pernah mereka banyak kereta-kereta Itali pada penghujung tahun 80-an dan 90-an termasuklah Fiat Tipo, Alfa Romeo 155, dan Lancia Delta. Mungkin mereka rasakan yang rekaan ā€˜tin rotiā€™ ini cukup sesuai untuk Daihatsu dan I.DE.A dilantik untuk melukis rekaan Move generasi pertama.

Walaupun penggayaannya agak pelik (tapi praktikal), Move gagal di pasaran luar negara. Walau bagaimanapun, Daihatsu nekad untuk membuat cubaan kali kedua. Kali ini, untuk Move generasi kedua pula, syarikat Jepun itu melantik Giugiaro dari Italdesign dalam pembentukan model ini dengan rekaan lebih aerodinamik ā€“ namun masih kekal dengan rupa ikonik tin rotinya.

Juga baca: Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh

Malangnya sejarah berulang, dan Move L900 gagal menawan pasaran Barat. Hampa, Daihatsu menghentikan jualan Move di sana. Tapi pada masa sama, Move generasi kedua ini sudah meraih populariti di Malaysia dan Jepun dimana ia mampu bertahan bagi 4 generasi seterusnya.

2. Ada varian khas untuk perempuan

Sama seperti Mira, Move juga tidak terlepas daripada trend ā€˜kawaiiā€™ Hello Kitty

Selain daripada Move standard, Daihatsu menawarkan beberapa lagi varian untuk kereta kei tinggi ini ā€“ lebih kurang sama dengan strategi untuk adiknya, Mira. Setiap satu varian yang ditawarkan tampil dengan rekaan lain dari yang lain sehinggakan ada diantaranya nampak seperti model berasingan.

Varian paling terkenal ialah Move Aerodown Custom. Sama seperti Mira Moderno, Gino, dan Avy untuk Kancil, Kelisa, dan Viva; Aerodown Custom menjadi rebutan di kalangan peminat Perodua. Varian Move yang lebih sporty menjadi inspirasi utama bagi varian-varian Kenari lebih baru, terutama sekali Kenari RS.

Baca juga: Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan!

Tapi, varian yang tak ramai orang tahu adalah Move Latte; varian cantik menawan disasarkan khusus untuk pembeli perempuan berusia lewat 20-an dan awal 30-an yang gemar berkunjung ke kafe. Ia tampil dengan reka bentuk luaran lebih lembut dan membulat, manakala ruang kabinnya dihiasi rona lembut samada Warm Apricot atau Clean Ivory.

Juga baca: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Move Latte dihentikan produksinya pada 2009 setelah 5 tahun berada di pasaran dan terjual sebanyak 152,128 unit. Segelintir pembeli, terutama sekali demografik sasarannya, berasa cukup hampa dengan keputusan ini. Move Latte kemudiannya diganti dengan Move Conte; kereta ā€˜tin rotiā€™ bergaya retro dan cukup padan dengan namanya ā€“ Conte bermaksud ā€˜containerā€™.

Move Conte terbukti jauh lebih popular berbanding Move Latte ā€“ lebih 260,000 unit terjual dan produksinya berlangsung sehingga tahun 2017. Ia kemudiannya diganti dengan Move Canbus iaitu sebuah lagi model bergaya retro yang didatangkan dengan pintu gelongsor dan turut disasarkan pada kaum hawa.

Bagi mereka yang sukakan Miku-chan dan berangan-angan untuk menjadikannya ā€˜waifuā€™, turut disertakan opsyen ucapan selamat datang dengan suaranya setiap kali anda masuk ke dalam kereta

Selain daripada golongan perempuan, Move Canbus nampak gayanya turut dipasarkan kepada para peminat anime dengan sepasang versi Hatsune Miku eksklusif yang tampil dengan vocaloid karakter idaman setiap ā€˜otakuā€™ ini.

3. Beberapa alat ganti Move generasi ketiga boleh ditukar ganti dengan Perodua Viva

Mana satu Move, mana satu Viva?

Salah satu kaedah ā€˜convertā€™ yang biasa digunakan oleh pemilik Perodua Viva adalah dengan menukarkannya kepada Mira Avy. Bagaimanapun, ada juga segelintir pemilik yang telah mentransformasikan Viva mereka kepada Daihatsu Move.

Rekaan menegak Viva menjadikannya hampir sempurna sebagai Move ā€˜celupā€™ dan lebih menarik, Mira L250 dan Move L150 berkongsi platform yang sama. Barangkali disebabkan oleh persamaan inilah yang menarik minat pemilik untuk tampil berbeza dalam kaedah ā€˜convertā€™ mereka.

Perhatikan betul-betulā€¦ Move kan?

Lain kali, jika anda rasa anda terlihat Daihatsu Move meluncur ranggi di jalan raya, perhatikan betul-betul kerana ia boleh jadi Perodua Viva yang menyamar sebagai Move.

4. Move generasi keempat ada dua rekaan berbeza, bergantung kepada varian

Move generasi ke-4 (atas) dan Move Custom (bawah)

Move seringkali dikaitkan dengan rekaan ā€˜tin rotiā€™, tapi dengan model generasi keempatnya, rupa bentuk berkotak ini ditolak ke tepi dan digantikan dengan bentuk ovoid (seperti telur ayam). Tapi, ini bukanlah bermaksud bentuk kotaknya tak ada langsung.

Jika dilihat pada rekaan Move Custom, hud hadapannya kedepan sedikit dan rekaan jejaring hadapannya juga lain. Perbezaan antara kedua-dua kereta ini juga ketara di bahagian belakangnya iaitu posisi nombor platnya yang terletak di bampar belakang bagi Move biasa dan di pintu bonet bagi Move Custom.

Kemudian, Move Custom didatangkan dengan rekaan hud yang lebih menonjol ketika ia diberi kemaskini ā€“ hampir menyingkirkan bentuk telur ayamnya dari Move biasa. Akhirnya, Daihatsu mengembalikan rupa bentuk ā€˜tin rotiā€™ semula kepada generasi-generasi Move yang seterusnya dan segalanya kembali normal.

5. Move, antara kereta kei pertama yang dilengkapi ADAS

Move LA100 generasi kelima tampil dengan reka bentuk kotaknya yang dikenali ramai, selain menjadi tumpuan ramai dalam aspek kelengkapan keselamatan. Varian-varian CVT Move juga merupakan antara kereta pertama yang dilengkapi sistem ā€˜stop-startā€™ ā€“ satu norma bagi banyak kereta-kereta moden masa kini.

Ketika LA100 dilancarkan pada 2010, sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) selalunya hanya boleh didapati pada kereta-kereta besar dan mewah. Tak banyak kereta biasa yang dilengkapi dengan set keselamatan dan walaupun ia ada ditawarkan, ia hanya diberi untuk varian tertinggi.

Walaupun sistem ā€˜stop-startā€™ ini diperkenalkan ketika pelancarannya, Move masih mengambil masa beberapa tahun untuk menampilkan ADAS, pertama dari jenisnya dalam kategori kereta kei. Kemaskini pada 2012 memperkenalkan Pek Bantuan Pemanduan Pintar yang ditawarkan secara opsyen bagi semua varian Move LA100.

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Varian lebih tinggi, Custom RS, pula menerima pek ini sebagai standard yang merangkumi brek kecemasan berautonomi (AEB), bantuan kekal lorong (LKA), dan kawalan peluncuran radar setiap kelajuan. Semua kelengkapan ini akhirnya menjadi kebiasaan bagi semua kereta dalam dekad seterusnya, namun Move menjadi bukti pertama yang menunjukkan perkembangan teknologi keselamatan ini untuk lebih banyak kumpulan pembeli.

6. Move ada kembar berlencanakan Subaru

Barisan kereta kei Subaru OEM Daihatsu

Walaupun Subaru lebih sinonim dengan kereta crossover pacuan semua roda (AWD) dan hero rally, anda boleh temui barisan kereta kei Daihatsu yang dilencanakan semula di Jepun. Selain daripada Pleo berasaskan Mira e:S dan Chiffon berasaskan Tanto, rakyat negara itu juga ditawarkan dengan Subaru Stella yang berdasarkan Move.

Juga baca: Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini?

Pada awalnya, Stella merupakan model original Subaru. Tapi, jika dilihat lebih teliti, anda mungkin takkan sangka ia padan dengan lencana Star of Pleides itu. Apa-apa pun, ia masih ada satu kualiti unik dan aneh walaupun ia nampak seperti kereta kei tinggi yang tipikal ā€“ ia ada varian ā€˜superchargedā€™.

Juga baca: Kenali kereta sport ā€˜kawaiiā€™ Kei dari tahun 90-an

Boleh terbang ni, bhai!

Perlu diingatkan, ia masih lagi sebuah kereta kei. Oleh itu, ā€˜superchargerā€™ ini dipadankan dengan enjin 660 cc (64 PS/93 Nm), namun Subaru kemudiannya memperkenalkan satu kereta konsep ditala oleh STi dimana kuasanya dipertingkatkan kepada 108 PS!

Memandangkan Subaru mahu menumpukan perhatian kepada pasaran luar negara yang lebih lumayan, syarikat itu menandatangani perjanjian bersama Daihatsu (dan induknya, Toyota) untuk melencanakan semula beberap model sebagai OEM (pengilang peralatan asli). Stella pertama yang berdasarkan Move diperkenalkan pada 2011 dengan rekaan yang secara asasnya serupa dengan Daihatsu.

Juga baca: 12 kereta 'rebadge' paling pelik ā€“ dari Gen.2 China sampailah ke Hilux Jerman

Model ā€˜rebadgeā€™ ini diteruskan dengan Stella generasi ketiga terkini yang dilancarkan tidak lama selepas Move generasi keenam dilancarkan pada lewat 2014. Subaru menawarkan hanya 3 varian manakala Move mempunyai 9 varian.

7. Ia dilencanakan semula di China dan turut dijual di Amerika Syarikat sebagai kereta elektrik (EV)

Kredit: Car Brochure Addict

Perodua bukanlah satu-satunya pengeluar kereta yang menghasilkan Daihatsu Move secara berlesen. Move generasi kedua juga dilencanakan semula oleh FAW Group dari China sebagai Huali Happy Messenger dari 2003 sehinggalah 2006.

Juga baca: 40 tahun lalu, China tak pandai CKD kereta pun. Macam mana mereka boleh cantas Proton dan Perodua?

Tianjin Huali Dafa (atas) dan Huali Dario (bawah)

Kepakaran jenama Huali dalam kereta kompak juga digunakan untuk dua lagi model Daihatsu sebagai kereta ā€˜rebadgeā€™ China; iaitu Hijet yang digelar sebagai Huali Dafa dan Terios yang dinamakan Huali Dario.

Juga baca: Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu

Semangat Confucius turut menyerikan risalah pemasaran Happy Messenger

Huali Happy Messenger dikuasakan oleh enjin 1.0 liter yang menjana 55 PS, namun besar kemungkinannya ia bukanlah enjin 1.0 liter DOHC EJ-DE yang digunakan untuk Kenari (54 PS/88 Nm). Berbeza dengan Kenari, Happy Messenger hanya ditawarkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan.

FAW Angel spesifikasi Eropah Timur ditunjukkan

Happy Messenger turut dieksport ke Mesir dan beberapa buah lagi negara Eropah Timur dengan nama yang lebih normal, FAW Angel. Walaupun jualannya dihentikan di China, penghasilannya masih diteruskan untuk pasaran AS pula.

Miles Electric Vehicles diasaskan pada 2004 oleh Miles Rubin dan sebahagian besarnya berpengkalan di Los Angeles. Syarikat berkenaan meraih perhatian apabila ia menawarkan Miles ZX40 yang akhirnya menjadi kereta China lulus undang-undang jalan raya pertama di AS.

ZX40 dan naiktaraf-naiktaraf seterusnya lebih masuk akal berbanding lain-lain tawaran oleh ā€˜start-upā€™ EV Amerika ini ketika pertengahan 2000-an, dimana kebanyakannya nampak seperti kereta golf ataupun sikal tiga-roda. ZX40S lebih baru dikuasakan oleh sistem 72 volt dengan jarak perjalanan sehingga 96 km tapi terhad kepada 40 km/jam mengikut undang-undang.

Juga baca: POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an

Sebuah ladang di Montana membeli 12 unit EV ini, tapi hanya sedikit saja yang masih kekal ke hari ini

Ia bukanlah sehebat EV moden, tapi ZX40 ini digunakan oleh pelbagai badan kerajaan dan university seperti NASA, US Navy, Stanford University, dan Yale University. Malangnya, Miles Electric Vehicle tidak mampu bertahan dan pada 2013 ā€“ kurang sedekad selepas penubuhannya ā€“ syarikat berkenaan diisytiharkan muflis.

8. Ada model konsep Kenari Hybrid pada 2003

Sumber

Bercakap tentang Move dielektrifikasikan, Perodua dahulu pernah menayangkan satu konsep iaitu Kenari Hybrid di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2003. Kereta konsep ini memaparkan teknologi yang disediakan oleh Daihatsu dan ia dikatakan bukannya diambil dari Toyota Hybrid System.

Memandangkan Perodua menggunakan teknologi Daihatsu, ia barangkali lebih kurang sama dengan enjin ini yang ditunjukkan di dalam kereta konsep Move EV-H II ketika Tokyo Motor Show 1999

Kereta konsep hybrid ini 115 kg lebih berat berbanding Kenari petrol biasa kerana pek baterinya yang berat dan kelajuan puncaknya 10 km/jam lebih rendah. Sistem ini menggabungkan enjin petrol 660 cc (41 PS/57 Nm) dengan motor elektrik (25 PS/100 Nm), dipadankan dengan CVT elektronik yang menggerakkan roda hadapan.

Juga baca: Memandu Perodua Myvi facelift 2022 dengan D-CVT baru ā€“ Bagaimana rasanya, padu ke tak?

Daihatsu juga mendemonstrasikan teknologi sel bahan api di dalam Move pada 2003, tetapi ia gagal melepasi peringkat prototaip

Motor elektriknya dijana oleh bateri Ni-Mh 288 voltan dan walaupun prototaip ini tampak sedia untuk produksi, Perodua tidak pernah merealisasikannya. Hampir sedekad kemudian barulah Perodua menjenguk semula teknologi hibrid apabila syarikat itu memperkenalkan Perodua Ativa versi hibrid baru-baru ini.

Juga baca: Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%

Daihatsu Move mungkin boleh dikatakan lebih menjurus kepada pasaran Jepun pada masa kini. Namun, suatu ketika dahulu, inilah kereta tinggi ā€˜tin rotiā€™ yang cukup aneh dan berusaha untuk menempa nama di pasaran luar negara. Walaupun berdepan kegagalan di Eropah, ternyata ā€˜tin rotiā€™ ini meraih populariti sebenar di Malaysia.

Kenari spesifikasi Sri Lanka ditunjukkan

Selain itu, Perodua Kenari turut dieksport ke negara luar iaitu di pasaran-pasaran asing bagi Daihatsu. Move dan Kenari berjaya mengumpul pengikut setia dengan rupa bentuk dan gayanya yang aneh tapi praktikal. Tapi malangnya, agak malap masa depannya untuk memasuki pasaran dengan Perodua sekali lagi.

Apa-apapun, jika anda berminat, anda boleh membeli Perodua Kenari idaman anda di laman Carlist. Ada pelbagai unit untuk dipilih!

Juga baca: Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua ā€œkereta nasionalā€

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Rush

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysiaā€™s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. ā€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itā€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itā€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorā€™s Choice Award 2022-2023 for ā€˜Pick-up Truck of the Yearā€™ for the Ranger and ā€˜Car of the Yearā€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatā€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatā€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. ā€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model