Pelumba yang diberi julukan Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley bersama rakan sepasukannya, Muhammad Naquib Nor merangkul kemenangan edisi ke-14 perlumbaan Sepang 1000KM (S1K), semalam yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Kejayaan itu pasti manis buat Tengku Djan yang sekadar menamatkan perlumbaan edisi lalu di kedudukan podium bersama pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia.
Memulakan perlumbaan di petak utama, gandingan Tengku Djan/Naquib yang memandu jentera Toyota Vios menamatkan perlumbaan 181 pusingan penuh sukar itu dengan catatan 8 jam 32 minit 41.305 saat.
"Cara yang terbaik untuk menamatkan tahun 2022. Bermula di petak utama dan meraih kemenangan. Terima kasih kepada semua orang yang menjadikan ini kenyataan. S1K sentiasa membabitkan kerjasama berpasukan. Tahniah!," kata Tengku Djan.
Menamatkan saingan di tangga kedua kelas M Production adalah gandingan Hayden Haikal/Hii Wan Jian dari pasukan Wing Hin Motorsports yang memandu jentera Toyota Yaris ketinggalan 6.299 saat.
Gandingan Mitchell Cheah Min Jie dan Brendan Paul Anthony dari pasukan Hi-Rev Dream Chaser melengkapkan kekdudukan podium bersama jentera, Suzuki Swift.
Sementara itu, gandingan Mohd Syahrizal Jamaluddin/Shazull Hisham Harun dari pasukan Empire M Racing memenangi perlumbaan kelas S Production 2G. Memandu Honda Jazz, gandingan ini melakukan catatan 8 jam 34:47.793 saat dalam 171 pusingan.
Di tangga kedua ialah gandingan Andrea Cecchellero/H.M Tauhid Anwar/Ishayet Hossain (R Engineering HMRT) manakala Ken Urata, Makoto Fujiwara dan Masahiko Ida dari RWorks Riyoz melengkapkan kedudukan podium.
Kemenangan kelas S Production 2V pula menjadi miliki gandingan William Chong, Takashi Ito, Mohamed Hafez Kamaruddin dan Ahmad Ridhwan dari RWorks Riyoz selepas melakukan 8 jam 33:39.161 saat daripada 168 pusingan.
Karurosu Honda, Ito Rina, Ohno Takahisa dan Ng Kim Ngee juga dari RWorks Riyoz meraih tempat kedua dengan gandingan Jansen Tan Lye Wee, Lim Wei Cheik dan Steve Toh Se Wai (Applied Performance X LW) di tangga ketiga dengan ketiga-tiga pasukan memandu Suzuki Swift.
Dalam perlumbaan Vios Enduro Cup, kemenangan menjadi milik gandingan Al Farouk/Abdul Miqail (23 Motors) dengan gandingan Ady Rahimy/Amirhusin Muba juga dari 23 Motors, kedua dan Mirza Syahmi Mahzan/Aiman Haziq Aidi/Khair Nur Adi/Khair Nur Adli dari Carroof Motorsport ketiga.
M Production
S Production 2G
S Production 2V
Vios Enduro Cup
Juga baca: Edisi ke-14 S1K 2022 hujung minggu ini himpun 77 jentera, masuk percuma, jom!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}