Paten Daihatsu Move Canbus didaftarkan di Indonesia, jelmaan Kenari generasi baharu!

Ya, Perodua Kenari dibangunkan daripada model asas Daihatsu Move L900 seawal tahun 2000 namun kei-car baharu ini nampaknya hanya menggunakan nama yang sudah sinonim dalam pasaran.

Daihatsu Move Canbus sebenarnya bukan model generasi baharu tetapi lebih kepada model baharu sepenuhnya kerana ia berkongsi banyak perincian dengan Daihatsu Tanto.

Di sebalik anekdot itu, Daihatsu Move Canbus ialah kereta kei yang hanya ditawarkan di Jepun tetapi rakan sekerja kami di AutoFun.id, portal sejawat untuk Indonesia telah menemui paten reka bentuk rasmi yang unik. Paten tersebut tertiris dalam laporan berita industri rasmi republik itu yang diterbitkan pada 22-November 2022.

Baca: Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau β€˜best’ dan praktikal?

Selalunya, Direktorat Jenderal Harta Intelek (DJKI) Indonesia di bawah Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (HAM) akan menerbitkan laporan mengenai beberapa hak cipta dan reka bentuk dagangan yang telah diluluskan oleh kementerian. Menariknya, Daihatsu Move Canbus adalah salah satu daripada reka bentuk paten yang baru diberikan lampu hijau.

Menurut dokumen yang tersedia itu, Daihatsu Motor Co. Ltd, yang beribu pejabat dari Jepun memfailkan paten di Indonesia pada 27-Oktober 2022. Ia turut menyenaraikan nama 2 pereka Daihatsu Move Canbus – Manabu Fukuda dan Noriaki Kawai sebagai pemilik bersama.

Daihatsu Move Canbus generasi pertama

Daihatsu Move Canbus membuat debut di Jepun pada tahun 2016 dan disasarkan terutamanya kepada pemandu wanita. Nama Canbus ialah gabungan "tin" (Can) untuk menunjukkan kenderaan versatil dan "bas" seperti namanya, merujuk kepada reka bentuk yang diilhamkan oleh Volkswagen Type 1 "Bus" yang terkenal.

Daihatsu Move Canbus generasi kedua diperkenalkan pada Julai 2022 dan dibina di atas platform DNGA. Jika nama itu kedengaran biasa dengan anda, hal ini kerana platform ini dikongsi dengan kebanyakan model kereta kei Daihatsu yang lain termasuklah 4 kembar - Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua Ativa/Subaru Rex.

Baca: Subaru Rex membuat debut - Perodua Ativa dengan lambang Subaru, hanya ada di pasaran Jepun

Di Jepun, Daihatsu Move Canbus ditawarkan dengan dua trim reka bentuk yang berbeza; Stripes hadir dengan cat dua tona berinspirasikan "VW Bus" yang unik dan Theory yang hanya ditawarkan dengan warna monotona. Jangan tanya mengapa nama varian Jepun ni menarik sungguh.

Bercakap mengenai trim, Daihatsu menawarkan banyak pilihan penyesuaian untuk Move Canbus termasuk roda Minilite 14-inci, rak bumbung, dan ubah suai dalaman bertema Mickey Mouse bagi mereka yang gemar menggemari seekor tikus tak berbaju dengan kasut kuning. Jangan lupa, ia disasarkan untuk wanita.

Sebagai sebuah kereta kei, Daihatsu Move Canbus dikuasakan oleh enjin 3-silinder 660cc aspirasi semula jadi (52 PS/60 Nm) atau dengan pengecas turbo (64 PS/100 Nm). Enjin bersesaran kecil itu dipasangkan dengan transmisi automatik CVT yang memacu bahagian hadapan atau kesemua 4 roda mengikut varian.

Kenderaan ini bukanlah sebuah kereta yang pantas tetapi Daihatsu Move Canbus mempunyai praktikaliti yang menjadi takdir yang tertulis untuknya. Jika reka bentuk tinggi dengan pintu gelangsar kuasa bebas tangan tidak mencukupi, maka susun atur dalaman kereta kei ini akan membuatkan anda terasa sungguh praktikal.

Terdapat cangkuk simpanan, kotak penyimpanan di bawah tempat duduk belakang yang digelar kotak 'okiraku', poket ruang cubby yang banyak di bahagian panel, di bawah lantai but, dan di perehat lengan tengah serta pengecas tanpa wayar pada papan pemuka.

Walaupun Daihatsu Move Canbus terasa agak dimunitif, seperti kebanyakan kereta Jepun moden, ia penuh dengan ciri keselamatan yang aktif. Terdapat 17 fungsi keselamatan aktif yang ditawarkan di bawah suite Daihatsu Smart Assist ADAS termasuk kawalan pelayaran adaptif semua kelajuan (ACC), bantuan letak kenderaan sendiri, bantuan keluar lorong dan brek kecemasan autonomi.

Dari segi harga, Daihatsu Move Canbus berharga antara JPY 1,496,000 hingga 1,793,000 (~RM 48k-RM 58k) tetapi sejauh manakah ia akan diperkenalkan di Indonesia? pendaftaran paten reka bentuk tidak semestinya menjamin ia akan dijual di negara ini tetapi Daihatsu mempunyai sejarah menawarkan kereta kei di Nusantara sebelum ini.

Daihatsu Copen LA400 misalnya telah dijual di Indonesia antara 2015 dan 2019. Hadir dalam pilihan import sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Indonesia kekal sebagai satu-satunya pasaran di luar Jepun yang menawarkan Daihatsu Copen generasi kedua walaupun dalam kuantiti yang sangat terhad.

Kereta sport kecil itu berharga IDR 500 juta (~RM 142k) ketika baru dan kekal sebagai model khusus di negara tersebut. Jika Daihatsu Move Canbus sampai ke Indonesia, harganya mungkin tidak akan berpatutan walaupun dari segi dimensi, ia lebih kecil daripada Toyota Ayla/Daihatsu Agya/Perodua Axia.

Baca: Spekulasi: Perodua Axia baharu D74A debut Feb 2023 - 6 beg udara, D-CVT dan DNGA!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Ford Ranger

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. β€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model