Dilabel salah seorang legenda sukan permotoran sepanjang zaman, Valentino Rossi memiliki sembilan kejuaraan dunia MotoGP/500 cc atas namanya tetapi kejatuhan legasinya turut 'merosakkan' imej Ducati, dakwa Ketua Pegawai Eksekutfi Ducati, Claudio Domenicali.
Selepas menjulang gelaran dunia MotoGP terakhir pada musim 2009, Rossi tak berjaya menambah gelarannya sehingga bersara pada musim 2021 dengan pasukan terakhirnya adalah Petronas Yamaha SRT.
Juga baca: Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022!
Pelumba kelahiran Itali itu menyertai Ducati selama dua musim pada 2011 dan 2012 tetapi sekadar menamatkan kempen di tangga ke-7 (2011) dan ke-6 pada musim berikutnya sebelum meninggalkan itu untuk menyertai semula Yamaha.
Dan menariknya, kali terakhir Ducati memenangi gelaran dunia MotoGP sebelum diulangi Francesco Bagnaia pada musim ini adalah pada musim 2011 menerusi rakan sepasukan Rossi ketika itu, Casey Stoner.
Tetapi ia tidak dapat menghalang Domenicali untuk memberikan 'kredit' kepada pelumba legenda itu.
"Kami tidak dapat menanganinya, kami berdepan tamparan yang hebat," kata Domenicali memetik laporan Crash.net.
"Apabila kamu mengambil pelumba paling terkenal di Itali dengan sembilan gelaran dunia dan kamu masih tidak boleh menang, kamu turut merosakkan imej kamu.
"Saya menjadi CEO pada 2013, selepas (Rossi pergi), saya perlu mengutip kembali cebisan yang ditinggalkan. Pada ketika itu, kami hanya boleh terus bekerja dan melakukannya semula."
"Selama dua tahun kami sudah bekerja amat keras untuk melakukan perubahan."
Kehadiran Prinsipal, Gigi Dall’Igna di Ducati pada musim 2014 disifatkan sebagai kebangkitan semua pasukan itu namun ia memerlukan sembilan musim sebelum pasukan itu menikmati nikmat bergelar juara dunia kategori pelumba.
Tahun depan, Ducati menggandingkan juara dunia 2022, Bagnaia bersama Enea Bastianini yang menyaksikan pasukan itu membariskan dua pelumba kelahiran Itali untuk memburu gelaran dunia.
"Kami tidak melihat kepada kewarganegaraan atau karekter, pilihan kami sentiasa membabitkan kesukanan," kata Domenicali.
"Kami cuba untuk mendapatkan tahap yang sama diantara jenama dan pelumba, jadi jelas jika pelumba mencapai kejayaan, mereka akan meraih kemahsyuran, ia perkara yang normal," katanya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}