Ora Good Cat dinobatkan sebagai "Kereta yang Paling Dinantikan" pada Carlist Car of the Year 2022!

Ora Good Cat memandu pulang Carlist.my Editors’ Choice Awards - Car of the Year dengan trofi "Kereta Paling Dinantikan Tahun Ini" ketika penyampaian anugerah tersebut yang diadakan baru-baru ini, memintas beberapa kenderaan elektrik (EV) lain untuk menerima anugerah tertinggi dalam kategori.

“Kami berbangga dengan pengiktirafan daripada Carlist.my kerana menganugerahkan Ora Good Cat sebagai ‘Kereta Paling Dinantikan Tahun Ini’.

"Kemenangan ini amat bermakna kepada kami memandangkan model itu merupakan kenderaan elektrik pertama yang kami perkenalkan ke pasaran Malaysia. Anugerah ini mendorong kami untuk menyampaikan penyelesaian yang lebih baik dan lebih hebat untuk rakyat Malaysia,” kata Daniel Lai, Ketua Jenama & Komunikasi GWM Malaysia.

“Ini adalah salah satu anugerah paling menarik dalam industri automotif dan kami berbesar hati kerana Ora Good Cat diiktiraf kerana reka bentuk yang sangat baik, kapasiti bateri, dalaman premium dan teknologi canggih,” tambahnya.

Rancangan GWM tertumpu untuk menyediakan pelanggan mereka perkhidmatan pelanggan yang terbaik melalui pelaksanaan bantuan tepi jalan 24 jam oleh syarikat insurans panel yang dilantik dan gudang alat ganti yang telah dibangunkan di Shah Alam.

Pengeluar kereta itu mensasarkan untuk membuka 15 pusat jualan sehenti dan pelbagai menjelang akhir 2023 dengan majoritinya terdiri daripada pusat 3S.

Baca: Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k?

Antara kelebihan yang ada pada Ora Good Cat termasuk fungsi bantuan pemanduan tahap 2 (L2), menggabungkan fungsi seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW), bantuan jaga lorong dan kamera sekeliling 360 darjah. Kenderaan elektrik itu juga dilengkapi dengan brek kecemasan autonomi.

Tambahan pula, Ora Good Cat telah direka bentuk dengan seni bina elektrik tulen GWM di bawah L.E.M.O.N. platform; yang bermaksud lightweight, electrification, multipurpose, Omni-protection dan network. Ia didatangkan dengan lima mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Eco, Eco+ dan Auto.

Kenderaan elektrik (EV) itu dijual pada harga yang memberangsangkan, bermula daripada RM139,800 untuk varian 400 Pro sehingga RM169,800 untuk 500 Ultra, menjadikannya salah satu EV mampu milik di Malaysia.

Sebahagian daripada pembelian Ora Good Cat turut meliputi pakej 4-in-1 Purr-fect bertemakan kucing dengan pengecas mudah alih dan rumah, waranti 5 tahun/150,000 km, waranti bateri 8 tahun/180,000 km dan 5 servis penyelenggaraan berjadual percuma.

“Kami yakin dengan potensi dari Malaysia, dan itulah sebabnya kami turut mengumumkan Strategi Produk xEV “9 dalam 3” pada acara pelancaran media Ora Good Cat baru-baru ini, di mana GWM akan memperkenalkan 9 model, yang meliputi Sedan, SUV, trak pikap dan kategori lain, untuk membawa masuk tenaga baharu, kecerdasan baharu dan pengalaman pemanduan baharu kepada pengguna Malaysia,” kata Presiden GWM ASEAN, Elliot Zhang.

Pelanggan kini boleh melihat dan memandu uji Ora Good Cat di pengedar sah GWM yang ditetapkan di Glenmarie, Puchong dan Pulau Pinang.

Baca: GWM akan mula CKD tahun 2023 - Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

ORA GOOD CAT

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 ORA GOOD CAT Review in Malaysia, How’s This for Your First EV?

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

ORA GOOD CAT
Cek Lebih