Percaya atau tidak, kereta berlencana Honda sememangnya ada gaya tarikan ‘lain macam’ terutamanya di kalangan kaum hawa. Salah satu contoh yang buat kesekian kalinya dikongsikan di media sosial baru-baru ini adalah apabila seorang lelaki menerima mesej daripada gadis misteri yang bertanyakan tentang Honda Civic milik lelaki berkenaan dan menghantar gambar menggoda.
Menurut perkongsian Happy Shu Long di Facebook pada Selasa, insiden mencuit hati itu bermula apabila dia disapa oleh seorang gadis tidak dikenali di Facebook Messengernya pada kira-kira jam 10.30 malam. Gadis tersebut bertanya jika wanita di dalam gambar di profail lelaki berkenaan adalah teman wanitanya dan jika dia masih belum berpunya.
“Awak ada kereta Civil (Civic) kan?” soalnya lagi, seolah-olah kereta Honda tersebut menjadi salah satu dorongan untuknya terus menggoda lelaki berkenaan.
Walaupun lelaki berkenaan tidak membalas mesejnya, 15 minit kemudian gadis misteri itu mengajaknya untuk berjumpa dan memberitahu yang usianya hanyalah 19 tahun. Enggan mengalah walaupun tidak diendahkan, gadis tersebut mengatakan yang dirinya cantik dan menawarkan gambarnya untuk tatapan pemilik Civic itu selain mengajaknya melakukan hubungan intim.
Tangkap layar perbualan itu telah tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Kesilapan ejaan nama Civic sebagai “civil” juga turut menjadi bahan jenaka mereka.
Apa pendapat anda? Benarkah ramai kaum wanita di luar sana betul-betul tertarik dengan jejaka berkereta Honda, ataupun adakah ini sekadar kes terpencil? Jom komen di FB WapCar - BM!
Juga baca: Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia!
3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita
Pasangan gaji RM 5.4k kemaruk nak beli Honda BR-V, minta 'reschedule loan' 2 tahun kemudian
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}