Sekalipun tidak perlu membayar tol dan mempunyai laluan khas, tak dapat dinafikan masih ramai penunggang motosikal lebih gemar melalui lorong tol berpalang yang kadang kala berpotensi menyusahkan pengguna lain.
Terbaharu, tular satu video yang menunjukkan sikap beberapa penunggang motosikal melakukan tindakan dungu berkenaan.
Begitupun, gelagat mereka seperti memakan diri apabila pemandu Toyota Hilux yang turut melalui lorong berkenaan enggan membayar tol hingga membuatkan kesemuanya 'tersekat'.
Lebih teruk, mereka rela menunggu pemandu kenderaan pacuan empat roda itu membayar tol supaya palang dibuka berbanding berpatah balik ke laluan sebenar.
Malah, penunggang motosikal berkenaan seperti mengadakan 'nego' dengan pemandu Toyota Hilux itu agar mereka melalui lorong berkenaan.
Dikongsikan di laman TikTok oleh seorang pengguna @zulchay3840 dan video berkenaan kemudian tular di pelbagai saluran media sosial.
Mengikut informasi pemilik video, kejadian dipercayai berlaku di Plaza Tol Gombak dan setakat ini, video berkenaan sudah mendapat ratusan ribu tontonan, 5.5k tanda suka dan lebih 1k komen.
Menurut seorang warganet, dia tidak faham mengapa ada segelintir penunggang motosikal tidak menggunakan laluan yang disediakan.
"Sampai sekarang tak faham kenapa tak nak guna laluan motor. Free, mudah. Kenapa kena buat kerja susah? Aku tak faham. Explain sikit," katanya.
Beberapa lagi warganet turut berkongsi pengalaman 'hitam' apabila mereka membayar tol, palang kembali tertutup kerana sudah dilalui motosikal.
Seorang lagi pengguna memberi cadangan kepada kerajaan agar membina lorong tol berpalang untuk motosikal.
"Jangan amal selalu. Nanti motosikal mula kena bayar tol baru nak menggelupur," tulisnya.
Juga baca: Percubaan tol tanpa palang Malaysia bermula di Besraya pada tahun 2022
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}