Aveta Global Marketing melancarkan model mopednya, Aveta V13R pada November 2021 dan selepas lebih setahun di pasaran, motosikal berkenaan dikemaskini bagi versi 2023 dengan perubahan ketara di bahagian lampu depan.
Tidak lagi menggunakan lampu depan yang jelas cukup mirip Yamaha Y15ZR V1, syarikat itu mengambil pendekatan dengan memadankan Aveta V13R (2023) kepada versi yang lebih moden mirip Yamaha Y15ZR V2.
Sebagai info, ketika dilancarkan, rekaan Aveta V13R sememangnya jelas mendapat inspirasi gabungan dua model terkenal Yamaha iaitu 135LC dan Y15ZR terutama dari sudut reka bentuk.
Begitupun, tiada perubahan membabitkan spesifikasi trenkuasa dengan model berkenaan masih menggunakan enjin bersesaran 124 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Karburator yang digandingkan dengan kotak gear 4 kelajuan.
Kuasa yang dihamburkan adalah 7.8 Hp pada 7,500 rpm dan tork 8.5 Nm pada 5,500 rpm.
Ciri-ciri motosikal ini antaranya adalah seperti penggunaan lampu LED lengkap dengan lampu siang (DRL), brek jenis cakera (depan) dan dram (belakang), tangki bahan api 4.5 liter dan lengkap dengan pot pengecas USB.
Ketika dilancarkan, Aveta V13R dijual pada harga asas RM 6,688 namun kemas kini terbaharu itu menyaksikan harganya meningkat kepada RM 7,259 (asas).
Sumber imej: FB AGORA MOTOR
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}