220k tempahan tertunggak, kos SST diserap untuk pelanggan yang tempah sebelum 30 Jun 2022 - Perodua

Pada sidang media Perodua baru-baru ini, pengeluar kereta nasional kedua itu mendedahkan bahawa ia mempunyai baki 220,000 unit tunggakan tempahan. Dalam pada itu, sekitar 15,000 daripada pesanan itu dibuat semasa pengecualian cukai jualan (SST) yang berakhir pada 30 Jun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad memberitahu media bahawa sesetengah kereta yang ditempah mungkin tidak dapat dikeluarkan sebelum tempoh pendaftaran yang berakhir pada 31-Mac 2023. Walau bagaimanapun, pengeluar kereta itu berkata ia akan menyerap kos SST bagi kereta-kereta yang tidak akan dihantar tepat pada masanya untuk tarikh akhir tersebut.

"Berdasarkan kajian dan perancangan semasa kami, kami menyedari adalah mustahil bagi semua pelanggan kami yang telah menempah kereta mereka dalam tempoh PENJANA (pengecualian SST) untuk menerima kereta mereka dalam masa sebelum 31 Mac," kata Zainal kepada media.

Baca: Inilah "Kaizen", Perodua sasar 314k unit jualan tahun 2023 - atasi rekod jualan tertinggi tahun 2022!

"Tetapi percayalah, kami menyedari kepentingan pelanggan kami dan Perodua akan menyerap kos cukai jualan walaupun kereta dihantar selepas 31 Mac," tambahnya.

"Jika pelanggan membuat pesanan untuk menikmati pengecualian cukai dan kami tidak dapat menghantar kenderaan tepat pada masanya, kami mesti menghormati mereka."

Daripada 220k pesanan yang menunggu untuk dihantar, beberapa daripadanya termasuk Perodua Axia generasi sekarang yang bakal digantikan oleh Perodua Axia D74A serba baharu. CEO Perodua itu memaklumkan kepada media bahawa beberapa pelanggan yang masih belum menerima Axia mereka akan ditawarkan Axia serba baharu.

Baca: Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital!

"Pengeluaran Axia sekarang akan berakhir tidak lama lagi manakala Axia baharu (D74A) telah pun memulakan pengeluaran sekitar Januari," kata Zainal.

"Kami telah menjangkakan bahawa sesetengah pelanggan ini tidak akan mendapat Axia generasi lama tetapi kami akan memberi subsidi cukai jualan mereka jika mereka bersetuju untuk mendapatkan Axia baharu."

"Sebagai contoh, jika cukai jualan Axia sebelum ini berharga RM1,500 manakala cukai jualan Axia baharu berharga RM2,000, (Perodua) akan memberi subsidi," jelasnya lagi.

Perodua telah mengumumkan bahawa tempahan dibuka untuk Perodua Axia D74A serba baharu dengan harga dianggarkan antara RM 38,600 hingga RM 49,500. Anda boleh menjangkakan masa menunggu yang lama untuk model termurah baharu Perodua memandangkan masih banyak pesanan yang belum dipenuhi.

Baca: Julat harga RM 38.6k - RM 49.5k, Perodua Axia 2023 D74A 13% lagi mahal berbanding sekarang

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda HR-V

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model