Ujian 'Shakedown' MotoGP 2023 SIC: Yamaha 'garang' hari pertama, kedua, Ducati 'panas' sesi terakhir!

Ujian 'Shakedown' MotoGP 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berlangsung selama tiga hari berakhir, hari ini yang menyaksikan Ducati kembali mempamer 'taring' selepas dua hari Yamaha mendominasi carta terpantas.

Sekalipun sesi ujian tidak semata-mata terarah kepada kelajuan jentera, begitupun ia antara aspek paling menjadi tumpuan terutama kepada jentera Yamaha yang dilihat bergelut dalam sudut berkenaan musim lalu.

Michele Pirro

Di hari ketiga, penunggang ujian Ducati, Michele Pirro akhirnya mencatatkan masa di bawah 2 minit, 1 minit 59.803 saat di jam terakhir ujian, 0.550 saat lebih pantas berbanding pelumba ujian Yamaha, Cal Crutchlow.

Cal Crutchlow

Satu-satunya pelumba rasmi MotoGP yang mengambil bahagian dalam ujian 'Shakedown' yang juga pelumba 'rookie', Augusto Fernandez mencatat masa ketiga terpantas, ketinggalan 0.679 saat bersama pasukan GASGAS Tech3.

Meskipun bukan catatan terpantas di Sepang, prestasi enjin Yamaha untuk musim 2023 jelas mencuri tumpuan dengan Crutchlow mencatat masa terpantas, 335.4 km/j, 4 km/j lebih pantas berbanding catatan yang dilakukan Fabio Quartararo bersama jentera M1 pada Oktober tahun lalu.

Augusto Fernandez

Sebagai rekod, Pirro yang menunggang jentera Ducati melakukan 336.4 km/j pada sesi pagi, hari ini namun ia berkemungkinan besar bukan catatan terpantas kerana catatan yang ditunjukkan 'digantikan' setiap kali pelumba melepasi garisan.

Crutchlow yang beraksi bersama pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP sebagai pelumba gantian pastinya menjadi penunggang uji paling 'berpeluh' sepanjang tiga hari ujian berlangsung.

Dani Pedrosa

Ini kerana pelumba kelahiran Britain itu terpaksa mengguji ketiga-tiga jentera Yamaha yang diuji (T1, T2, T3) pada hari pertama dan kedua ujian sebelum dua lagi pelumba ujian Yamaha, Katsuyuki Nakasuga dan Kohta Nozane kembali ke litar pada hari ini.

Begitupun, ia tidak menghalang pelumba berpengalaman itu mencetak masa terpantas pada hari pertama dan kedua.

Selain itu, pelumba ujian KTM, Dani Pedrosa sekali lagi beraksi tanpa menghidupkan 'transponder' dengan ada 'cakap-cakap' menyatakan catatan dilakukannya pada hari pertama lebih pantas berbanding Crutchlow.

Sepanjang sesi ujian, Aprilia dilihat menggunakan 'fairing' baharu yang menampilkan laluan angin baharu, Ducati menggunakan 'winglet' sisi yang baharu, Yamaha menggunakan 'fairing stealth' namun Honda dan KTM dilihat hanya menggunaan rekaan lama.

Michele Pirro

KTM dijadual menggunakan beberapa komponen baharu yang direka bersama Red Bull Advanced Technologies namun keadaan hujan memaksa ia ditangguhkan. 

Sebagai info, jentera Aprilia diuji oleh Lorenzo Savadori dari Itali, Honda diuji oleh Stefan Bradl dari Jerman dan KTM, selain Pedrosa turut mendapatkan khidmat Jonas Folger dari Jerman sebagai pelumba ujian.

Jonas Forger

Secara ringkas, antara tujuan utama ujian 'Shakedown' dijalankan adalah untuk memastikan jentera baharu yang bakal digunakan pelumba berfungsi dengan sepatutnya apabila ia diserahkan kepada pelumba.

Selain itu, ia turut digunakan sebagai pembangunan untuk komponen baharu terutama dari sudut aerodinamik namun pasukan-pasukan dijangka menggunakan komponen aerodinamik yang baharu ketika ujian rasmi nanti.

Sebagai info, sesi ujian rasmi MotoGP dijadualkan selama tiga hari bermula Jumaat ini (10 hingga 12 Februari) dan lebih menarik, ia boleh disaksikan pengunjung ke Sepang.

Catatan terpantas ujian 'Shakedown' MotoGP 2023

Hari ketiga

  • Michele Pirro (ITA) Ducati, 1 minit 59.803 saat

Hari Kedua

  • Cal Crutchlow (GBR) Yamaha, 2 minit 2.079 saat (litar basah)

Hari Pertama

  • Cal Crutchlow (GBR) Yamaha, 2 minit 1.146 saat

Rekod rasmi terpantas di Sepang (MotoGP)

Sepusingan terpantas

  • Jorge Martin (SPA) Ducati, 1 minit 57.790 saat (2022)

Terpantas ketika perlumbaan

  • Jorge Martin (SPA) Ducati, 1 minit 59.634 saat (2022)
Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Ativa

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. β€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model