Mamak Talk
Rebiu Pemilik: Subaru Forester 2018 2.0 NA saya – ada kelasnya yang tersendiri
423
Sempena Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam Ke-20, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan tawaran istimewa sepanjang bulan Oktober 2020 untuk OKK (Orang Kena Kompaun) di kawasan pentadbiran MBSA.
"Pelaksanaan kempen pengurangan kompaun ini bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 dengan menawarkan sehingga 50 peratus pengurangan daripada bayaran sebenar kompaun yang dikenakan.
"Ini adalah inisiatif MBSA untuk membantu dan menggalakkan OKK menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing," kata Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim.
Di samping 9 jenis kompaun lain yang melibatkan penjaja, iklan, vandalisme dan lain-lain yang diberi kompaun sehingga 50 peratus, OKK bagi kompaun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) boleh menikmati diskaun sehingga RM 30 daripada jumlah asal yang dikenakan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil peluang ini untuk menjelaskan tunggakan kompaun mereka sebelum tindakan tegas diambil ke atas OKK antaranya sekatan urus niaga di kaunter MBSA atau membawa tindakan ke mahkamah,” tambah Datuk Haris.
Pembayaran kompaun parkir dengan diskaun istimewa ini boleh dibuat di semua kaunter bayaran MBSA, kaunter Bank Muamalat, kaunter Bank Rakyat, Maybank2U, JomPAY, Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW), Wisma MBSA, dan pejabat-pejabat cawangan MBSA.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-55222882 atau 03-55105133 sambungan 1477, 1656, 1657 dan 1658 atau pun layari portal MBSA di eps.mbsa.gov.my.
Sumber berita: BH Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
0