"Habis rim kereta saya bengkok", Sultan Johor titah k'jaan memperuntukkan dana khas baiki infrastruktur awam

Kredit: Royal Press Office

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berharap kerajaan Persekutuan akan menyalurkan peruntukan khas kepada negeri ini bagi membaiki infrastruktur awam yang rosak dan harta benda yang musnah, akibat banjir.

Baginda bertitah, hingga hari ini masih terdapat banyak kawasan yang belum pulih sepenuhnya, terutama di Batu Pahat, sejak negeri itu dilanda banjir pada 28 Feb lepas.

"Selepas bencana ini berakhir, saya harap kerajaan pusat beri peruntukan khas untuk baiki pulih infrastruktur awam yang telah rosak dan harta benda yang musnah.

"Saya juga seru kepada orang ramai untuk hulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir supaya mereka dapat baiki rumah yang sudah rosak dan gantikan perabot dan alatan rumah yang telah musnah," titah baginda ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri, semalam.

Kredit: Royal Press Office

Sultan Ibrahim bertitah masalah banjir adalah kesan daripada perubahan iklim dunia, justeru, bangsa Johor digesa supaya membudayakan amalan mesra alam dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Persekutuan dan semua pihak atas bantuan serta sumbangan yang dihulurkan kepada rakyat negeri ini ketika berada dalam keadaan sukar.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang beri peruntukan kewangan segera bagi meringan beban mangsa banjir dan meluluskan projek tebatan banjir di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Segamat untuk dilaksana segera. 

"Suka saya mengatakan ucapan penghargaan kepada semua petugas yang bekerja bertungkus lumus, siang dan malam untuk bantu dan menyelamatkan mangsa banjir," titah Sultan Johor.

Kredit: Royal Press Office

Di samping menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan kewangan, bekalan makanan dan alatan pembersihan, baginda bertitah bantuan tenaga sukarela daripada seluruh pelosok tanah air juga sangat penting.

"Saya sangat bangga dengan semangat kerjasama dan bantu-membantu tanpa mengira kaum dan agama, ini budaya kita yang mesti dipertahankan," titah baginda.

Baginda dalam pada itu turut berharap agar peruntukan dapat disalurkan kepada negeri Johor untuk pembaikan jalan yang rosak dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang dan jalan dari Johor Bahru ke Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya.

"Saya berharap agar bajet pembaikan Jalan Persekutuan akan disalurkan untuk membaiki Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Johor Bahru ke Mersing yang berlubang dan membahayakan pengguna jalan raya. Habis rim kereta saya pun bengkok.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mendengar permintaan Johor dengan memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Senai kepada enam lorong,” titah Sultan Johor. - Bernama

Baca: Projek naik taraf lebuh raya PLUS di Johor kepada 6 lorong kini dalam perancangan KKR

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Civic

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model