Aveta Malaysia merancakkan persaingan dalam segmen skuter 'Adventure' aras rendah di pasaran tempatan dengan melancarkan penawaran terbaharu dan tercanggihnya, hari ini dikenali Aveta VADV150 Hybrid (2023).
Tetapi agak mengecewakan, majlis pelancaran itu berlangsung secara dalam talian, sesuatu yang dilakukan hanya atau 'normal' ketika tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini.
Berbalik kepada Aveta VADV150 Hybrid (2023), seperti namanya, ia adalah skuter yang dipadankan dengan sistem canggih 'Hybrid' dan dikatakan pendapat penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Tiada perincian lengkap diberikan mengenai sistem hybrid yang digunakan, tetapi menurut Aveta, model ini dijana enjin Hybrid bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC bersama transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah 16.2 HP dan tork 14.6 Nm.
Turut menarik perhatian adalah Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut menjadi skuter pertama di Malaysia yang dipadankan dengan sistem DVR iaitu sistem kamera di depan dan belakang.
Seperti video dashcam yang ada dijual di pasaran, kamera depan dan belakang itu turut bertindak sebagai perakam video tunggangan yang sekaligus meningkatkan ciri keselamatannya.
Dan menariknya, rakaman video turut boleh dilihat di panel meter TFT bersaiz 7 inci yang juga lengkap dengan pelbagai informasi lain.
Selain itu, Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut didatangkan dengan sistem lampu hadapan adaptif (AFS) yang menyaksikan ia boleh melaraskan pancaran cahaya secara automatik berdasarkan kelajuan dan sudut tunggangan.
Dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 9.3 liter, Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut memiliki teknologi SAF ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) yang dipadankan dengan sistem brek cakera depan dan belakang selain turut menggunakan sistem kunci pintar.
Sebagai info kepada yang tidak tahu, Aveta VADV150 (2023) adalah model 'rebadge' skuter yang berasal dari China iaitu Dayang ADV 150 yang sudah pun berada di pasaran negara Tembok Besar itu beberapa tahun lalu.
Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby.
Kepada yang berminat, Aveta VADV150 Hybrid (2023) dijual pada tanda harga RM 13,980 (asas) dan menurut Aveta, model terbaharu ini sudah pun boleh didapati di semua cawangan pengedar Aveta seluruh negara.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}