Keputusan membenarkan pengguna motosikal menunggang di lebuh raya di Malaysia disifatkan sebagai tindakan terburu-buru. Itu kenyataan yang disuarakan Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik MIROS, Ts Zulhaidi Mohd Jawi.
Kata-kata Zulhaidi itu dipetik daripada laporan media negara jiran, otorider.com ketika Kursus ASEAN NCAP 2023 di Jagakarsa, Jakarta Selatan yang berlangsung semalam.
Menurut laporan berkenaan, kursus itu diharapkan menjadi medan untuk membincangkan situasi membenarkan motosikal memasuki laluan lebuh raya di Indonesia.
Sebagai info, pengguna motosikal tidak dibenarkan menggunakan laluan lebuh raya di republik berkenaan yang menyaksikan ada pihak mahu peraturan itu diubah.
"Di Malaysia, keberadaan motosikal di jalur highway (lebuhraya) adalah sebuah ketelanjuran. Kerana sempat dibiarkan, kini susah diubah," kata Zulhaidi memetik laporan berkenaan.
Menurut Zulhaidi lagi, keputusan untuk membenarkan jalan bertol atau lebuhraya digunakan kenderaan dua roda perlu difikirkan sedalam-dalamnya.
Katanya, motosikal dan kereta memiliki karakter yang berbeza dan adalah berbahaya jika ia digunakan di jalan yang memiliki kelajuan tinggi seperti lebuh raya.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Teknikal ASEAN NCAP, Adrianto Sugiarto Wiyono berkata perbezaan kebiasaan dan budaya turut mempunyai pengaruh dalam penggunaan jalan raya.
"Jika kita tidak biasa menggunakan lebuh raya, sudah tentu kita perlu mengadaptasi. Jika kenderaan lain bergerak dengan lebih laju di jalan biasa, sudah tentu ia akan merbahaya," katanya.
Selain itu menurut Adrianto, karakter kenderaan dua roda dan empat roda yang berbeza ketika dibawa dengan kelajuan tinggi boleh mencetuskan masalah dan jika berlaku kecelakaan, ia berkemungkinan membawa maut.
Sekalipun dilarang pemerintah, ada beberapa laluan lebuh raya di Indonesia yang boleh digunakan oleh motosikal.
Antaranya adalah jalan bertol Surabaya-Madura, Bali Mandara dan Balikpapan-Penajam Paser Utara. Antara alasan mengapa motosikal dibenarkan melalui lebuh raya itu adalah disebabkan ia memiliki laluan khas motosikal.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}