Sejak mendarat di pasaran Indonesia penghujung tahun lalu, ramai yang tertanya-tanya bila generasi terbaharu Yamaha XMax 250 yang 'berwajah' baharu akan memasuki pasaran tempatan.
Turut membuat debut di Eropah dan Thailand dengan nama sedikit berbeza, Yamaha XMax 300, Yamaha XMax 250 seperti diketahui tampil dengan rekaan yang lebih unik, 'tajam' dan mendapat inspirasi dari huruf 'X'.
Selain pembaharuan besar-besaran dari sudut rekaan, perubahan lain yang paling dinantikan termasuklah di bahagian teknologi.
Juga baca: Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!
Tiada lagi panel meter gabungan analog dan digital LCD, Yamaha XMax 250 gen baharu menggunakan panel meter digital penuh.
Lebih menarik, ia kini lengkap dengan ciri sambungan ke telefon bimbit, navigasi sekali gus menyediakan informasi lebih menyeluruh kepada pemilik.
Begitupun, tiada perubahan ketara dari sudut trenkuasa dengan skuter berkenaan kekal dengan enjin bersesaran 249.8 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Belt.
Berdasarkan Yamaha XMax 250 di Indonesia, kuasa yang dihasilkan adalah 25 Hp pada 5,500 rpm dan tork 24 Nm pada 6,500 rpm.
Sentiasa mendapat pertanyaan mengenai Yamaha XMax 250 serba baharu daripada rakan dan pembaca, kami di Wapcar sering merisik pihak HLYM bila skuter maxi itu bakal diperkenalkan.
Dan sekalipun tiada jawapan konkrit diberi, menurut sumber, pihak HLYM akan melancarkan skuter ini pada suku ketiga 2023. Lebih tepat, pelancaran dijangka pada bulan Ogos dan berkemungkinan besar bersempena majlis besar-besaran tahunan HLYM.
Kepada yang tak tahu, generasi terbaharu Yamaha XMax 250 sebenarnya sedang menjalani sesi ujian jalan raya.
Juga baca: Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat?
Malah imej skuter berkenaan yang mempunyai pelekat samaran melalukan ujian jalan raya sudah beberapa kali tertangkap dan tular di media sosial dan dimainkan media. Jadi, sama-sama kita bersabar.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}