Benelli Malaysia, menerusi syarikat MForce Bike Holdings (MForce) memperkenalkan penawaran terbaharunya dalam segmen 'Naked' dan siri TNT di pasaran tempatan iaitu dikenali Benelli TNT25N (2023).
Dihasilkan untuk peminat motosikal yang inginkan sebuah jentera yang berkuasa namun mudah dikendalikan, Benelli TNT25N (2023) di pasaran tempatan dijual pada harga asas RM 12,998.
Harga berkenaan seperti biasa tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Tiga pilihan warna menarik ditawarkan kepada pembeli iaitu:
Di bahagian trenkuasa, Benelli TNT25N (2023) dijana enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihasilkan adalah 25.5 Hp pada 9,250 rpm dan tork 21.2 Nm pada 8,000 rpm.
Untuk pengendalian baik, sistem suspensi Benelli TNT25N (2023) menggunakan fork jenis terbalik (USD) di bahagian depan dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal bersaiz 260 mm (depan) dan cakera 240 mm (belakang).
Tampil dengan rekaan terkini dan moden, Benelli TNT25N (2023), turut dipadankan dnegan beberapa ciri menarik seperti penggunaan panel meter digital LCD penuh dan lampu utama dan signal daripada LED.
Informasi lain adalah seperti penggunaan set roda 100/80-17 (depan), 130/70-17 (belakang), berat 155 kg, ketinggian pelana 780 mm dan kapasiti tangki bahan api 13.5 liter.
Kepada yang berminat, Benelli TNT25N (2023) sudah pun boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce seluruh Malaysia.
Setiap pembelian akan menikmati waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km (mana-mana dahulu) selain perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}