Selepas sekian lama menunggu, syarikat pengeluar motosikal Britain, Norton Motorcycles akhirnya mempertontonkan model edisi terhadnya, Norton V4CR (2023) yang dijadual dihasilkan sebanyak 200 unit sahaja.
Norton Motorcycles sebelum ini menayangkan model prototaip V4CR pada penghujung tahun 2021 pada satu acara di London dan ia didakwa adalah motosikal pertama syarikat itu yang dibina daripada 'kosong'.
Dan penayangan model prototaip itu memperlihatkan kesungguhan syarikat itu untuk berkembang selain hala tujunya sebelum ia diperkenalkan sebagai Norton V4CR (2023).
Tampil dengan rekaan 'neo retro', Norton V4CR (2023) adalah model sport 'Naked' dengan perwatakan gagah, sporty namun kompak kerana ia tidak dihasilkan untuk mempunyai pembonceng.
Lebih istimewa buat Norton V4CR (2023), ia menggunakan kerangka tubular aluminium. Setiap kerangka dikimpal menggunakan pengimpal TIG menggunakan tangan di ibu pejabat Norton di Solihull, England. Dan seperti model istimewa lain, ia menggunakan 'single side swingarm'.
Dari sudut trenkuasa, Norton V4CR (2023) menggunakan enjin yang sama dengan Norton V4SV. Dijana enjin 1,200 cc, 72 Darjah V4, Penyejuk Cecair, ia menghasilkan kuasa setinggi 185 Hp pada 12,500 rpm dan tork 125 Nm pada 9,000 rpm.
Menggunakan transmisi 6 kelajuan klac manual, ia turut lengkap dengan sistem klac 'Assist' dan 'Quickshiter' dan 'Auto blipper'.
Sebagai model edisi terhad, ia turut dipadankan dengan pelbagai komponen premium malah beberapa bahagian di panel motosikal ini turut diperbuat daripada gentian karbon dan dikuatkan dengan kevlar.
Sebagai motosikal aras tinggi, Norton V4CR (2023) turut dipadankan dengan teknologi 'Inertial Measurement Unit' (IMU) enam paksi dan lengkap dengan pelbagai ciri bantuan tunggangan elektronik.
Tiga mod tunggangan tersedia iaitu Wet, Road dan Sport, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Traksi 'lean-angle-sensitive' dan Kawalan Wheelie.
Di bahagian suspensi, motosikal ini menggunakan fork jenis terbalik (USD) dari jenama Ohlins NIX30 43 mm dan penyerap tunggal khas buatan kerjasama Norton/ Ohlins TTXGP yang mempunyai ciri pelarasan penuh. Turut tersedia adalah Ohlins 'steering damper'.
Sistem brek motosikal dengan berat 204 kg ini menggunakan cakera berkembar 330 mm dengan kaliper Brembo dan brek cakera tunggal 245 mm juga dengan kaliper Brembo. Dan sistem brek itu diperhalusi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Sebagai motosikal model, panel meter motosikal ini menggunakan panel TFT berwarna bersaiz enam inci. Ciri-ciri menarik lain termasuklah sistem lampu LED penuh, penghidup tanpa kunci.
Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Manx Platinum dan V4CR Carbon dengan kedua-duanya memiliki kelebihan tersendiri.
Sebagai info, Norton Motorcycle mendapat suntikan dana daripada syarikat pengeluar motosikal terkemuka India, TVS iaitu £ 74 juta (RM 425.82 juta) sejak tiga tahun lalu.
Kepada yang berminat, Norton V4CR (2023) dijual pada harga £ 41,999 (RM 241,680) tetapi melihat kepada tahap eksklusif dan jumlah terhad yang dimiliki model ini, ia dijangka sudah pun habis ditempah ketika artikel ini disiarkan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}