New Car Express
Top price of Proton X50 is 103,300! You will regret buying this car!
84
Sekali lagi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikenakan keatas kawasan Lembah Klang yang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 14 Oktober 2020. PDRM yang dibantu oleh ATM akan mengadakan sekatan jalanraya di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang untuk mengawal pergerakan orang awam.
Walaubagaimanapun, tinjauan dari pihak Polis Daerah Putrajaya mendapati, terdapat beberapa alasan remeh dan mengarut diberikan oleh pemandu bagi tujuan rentas negeri. Bukan alasan budi bicara yang diberikan ketika sekatan, alasan tersebut ditulis dalam borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata sejak 5 Oktober lalu pihaknya menerima 990 permohonan untuk rentas negeri. Katanya, daripada jumlah itu, 7 daripadanya terpaksa ditolak kerana memberi alasan tidak munasabah.
Antara alasan yang diberikan adalah pergi memancing dan hendak menghantar kucing. Terdapat juga alasan mahu bersukan dan berjumpa kawan di tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah.
Terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan agar pekerja bahagian pengurusan di kawasan yang tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar bekerja dari rumah.
Sumber: Berita Harian
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
54