Pertemuan ringkas seperti mengisi petrol di stesen pam atau semasa membuat pembayaran di kaunter tidak memerlukan pengimbasan MySejahtera.
Itu laporan FMT yang menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) mengenai isu imbasan aplikasi MySejahtera untuk melakukan aktiviti ringkas seperti mengisi minyak.
Dalam email daripada CPRC, mereka menjelaskan bahawa keperluan mengimbas aplikasi MySejahtera hanya diperlukan sekiranya mahu masuk ke premis kedai serbaneka.
Walaubagaimanapun, menurut laporan Malay Mail, dua pengendali talian hotline Majlis Keselamatan Negara saling bercanggah ketika ditanya mengenai keperluan mendaftar dengan MySejahtera di stesen minyak.
Salah seorang pengendali mengatakan imbasan tidak diperlukan jika pengguna membayar minyak dengan kad kredit secara langsung di pam dan tidak memasuki stesen.
"Sekiranya mereka dikeluarkan kompaun kerana gagal mengimbas, mereka boleh membuat rayuan," ujar pengendali pertama.
Bagaimanapun, pengendali kedua pula bersetuju dengan polis yang mengatakan sebelumnya bahawa pendaftaran MySejahtera adalah wajib walaupun pengguna tidak pergi ke kaunter juruwang stesen.
"Jika mereka tidak mengimbas aplikasi, polis akan mengeluarkan kompaun. Oleh itu, pelaku mesti mengimbas ketika mengisi,” kata pengendali kedua.
Sebelum ini, laporan oleh China Press, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, apabila pengguna tiba di stesen minyak, mereka diminta untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera walaupun mereka tidak memasuki kedai serbaneka.
Hal ini bertujuan untuk memudahkan pengesanan kontak rapat sekiranya berlaku sebarang penularan wabak Covid-19.
Komen beliau tersebut adalah berdasarkan suatu audio klip seorang lelaki yang tular dan mendakwa bapanya didenda RM1,000 kerana gagal mendaftarkan aplikasi MySejahtera sebelum mengisi minyak walaupun memakai topeng muka.
Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan di stesen minyak justeru adalah difahami tiada keperluan untuk mengimbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak. Walaubagaimanapun, stesen minyak kadang kala padat dengan orang awam di sesetengah tempat dan masa menjadikan proses mengesan kontak rapat perlu dilakukan sekiranya terdapat pembawa virus.
Apa-apa pun, tunggu kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}