Living with Cars
The Volvo S90 T5 that has been an awesome travel machine for my various cuti cuti Malaysia itineraries while international travel is not allowed. Recently joined the Genting Touge run too😬
27
Volvo Cars Thailand (VCT) meningkatkan paras kualiti ke tahap yang seterusnya dengan melancarkan gudang baru. Gudang ini dikenali sebagai Central Distribution & Training Centre (CDTC) dimana ia berfungsi sebagai pusat pengedar dan latihan.
Seperti yang anda tahu, VCT hanya mengimport kereta dari negara lain termasuk Malaysia untuk Volvo XC40 dan Volvo XC60.
Gudang yang baharu ini akan menjadi destinasi pertama setelah kereta tiba di pelabuhan sebelum diserahkan kepada pembeli. Usaha ini memastikan kereta dilindung di dalam persekitaran yang terkawal untuk mengekalkan kualiti Volvo Cars seperti baharu dikeluarkan dari kilang.
Untuk maklumat anda, gudang yang berkeluasan 23,331 meter persegi ini boleh memuatkan 550 buah kereta dalam satu masa. VCT telah berbelanja sebanyak 1 bilion baht (RM 134 juta) untuk gudang seluas ini.
Selain itu, gudang ini mempunyai bay Pre-Delivery Service (PDS) untuk meneliti setiap kereta terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pemilik.
Untuk pengetahuan anda, PDS ialah sebuah stesen perisian (software station) untuk pemeriksaan kereta secara menyeluruh. Pemeriksaan ini termasuk sistem dan software kereta untuk menepati piawaian standard Volvo.
Pada masa yang sama, gudang ini mempunyai Parts Distribution Centre dimana ia memberikan kemudahan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan untuk sebelum dan selepas jualan (after sales service).
VCT juga melengkapi gudang ini dengan pusat latihan dimana golongan profesional boleh memberi latihan di dalam persekitaran seperti sebuah bengkel.
Di samping itu, gudang ini mempunyai Press Centre dimana pihak media dan akhbar boleh mendapatkan info lanjut mengenai Volvo Cars termasuk sesi uji pandu di dalam persekitaran yang tertutup.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
6