Honda
Will the new Honda Civic Type R use a new 3.0T V6 engine? Honda has recently unveiled a new 3.0T V6 engine with 355 Hp and peak torque of 479 Nm! Is this engine the powertrain of the future civic type R?
64
Jentera yang disasarkan untuk golongan 'pengembara' dari Honda, CB500X mendapat kemas kini baharu dengan tiga warna menarik, Mat Gunpowder Black Metallic, Grand Prix Red dan Pearl Metalloid White bagi versi 2021.
Bersama tagline 'urban commuter to weekend explorer' (Penggunaan bandar ke penjelajahan hujung minggu), harga bagi jentera ini kekal RM36,099.
Harga berkenaan begitupun tidak termasuk cukai jalan, insuran dan cas pendaftaran.
Bagi menambahkan gaya, sub-fram CB500X 2021 didatangkan dengan warna merah, mengikuti gaya 'abangnya' yang lebih berkuasa CRF1000L Africa Twin.
Tidak ada perubahan dari sudut kuasa dengan enjinnya yang bersesaran 471cc menggunakan sistem penyejuk cecair, DOHC parallel-twin menghasilkan 49.75Hp pada 8,500 rpm dan tork 44.7Nm pada 7,000 rpm.
Ia dilengkapi dengan kotak gear enam kelajuan bersama klac assist & slipper dan kuasanya dihantar ke tayar belakang menggunakan rantai.
Bagi memberikannya lebih keseimbangan di atas jalan, CB500X 2021 menggunakan rim bersaiz 19 inci di bahagian depan dan 17 inci di bahagian belakang dengan saiz tayar 110/80 dan 160/60.
Dari sudut keselamatan, sistem brek CB500X dipadankan dengan brek cakera hidrolik 310mm di bahagian depan dan 240mm di bahagian belakang bersama 2 saluran ABS sebagai spesifikasi standard.
Suspensi bahagian depan menggunakan fork telescopic dengan diameter 41mm boleh laras manakala di bahagian belakang menggunakan Prolink monoshock boleh laras, 5 step.
Sesuai bagi golongan pengembara, CB500X 2021 diberikan tangki berkapasiti 17.5 liter dengan berat 196 kilogram dan hadir dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 perbatuan.
Bagi peminat yang mengidam-idamkam jentera 'Adventure' kelas pertengahan, anda boleh mendapatkannya di pengedar Honda Big Wing seluruh negara.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
10