Mamak Talk
[WapCar Online Event]Share a story of your car with us!
90
Honda City 2020 baru sahaja dilancarkan pada bulan Oktober 2020. Ia menerima sambutan yang menggalakkan lantas menjadikan model ini sebagai calon Kereta Terbaik 2020 Wapcar.
Jadi apa yang menarik pada Honda City 2020 ini? Ia tampil biasa-biasa sahaja. Ia tidak ada Turbo seperti Nissan Almera 2020 serba baru. Tork pada Honda City juga kalah dengan Proton X50.
Oleh itu, bagaimana sedan segmen B yang ‘biasa-biasa’ ini tersenarai sebagai calon Kereta Terbaik 2020 (Car Of The Year 2020) kami?
Kekuatan Honda City - kesemuanya tepat
Apa yang ditawarkan pada Honda City 2020 adalah pakej keseluruhan kereta ini yang sangat memuaskan.
Kualiti binaannya bagus luaran dan dalaman. Tempat duduknya selesa dengan kemasan kulit yang lembut berbanding pesaingnya. Malah, penyandar kepala juga direka dengan unik; selesa ketika kepala disandarkan.
Model ini mungkin tidak didatangkan dengan Turbo tetapi kuasa enjin 1.5 liter NA DOHC i-VTEC menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork yang cukup. Lihat sahaja perbandingan kuasa enjin ini dengan pesaing yang lain.
Perbandingan Enjin | |||
Model | Honda City | Nissan Almera | Toyota Vios |
Enjin | 1.5 liter NA | 1.0 liter Turbo | 1.5 liter NA |
Silinder | 4 | 3 | 4 |
Kuasa kuda | 121 PS | 100 PS | 107 PS |
Tork | 145 Nm | 152 Nm | 140 Nm |
Kualiti pemanduan juga sangat memuaskan. Kualiti kemasan stereng dan kendaliannya sama-sama bagus. Respons pendikit juga sangat lancar. Jika anda ingin merasai sedikit keterujaan dalam pemanduan, gear S (S mode) mampu memberikan keterujaan tersebut.
Bukan pemandu sahaja yang menerima keselesaan dan kendalian yang mantap. Bahagian belakang Honda City 2020 juga selesa. Tambahan pula, sistem suspensi model ini ditala sedikit lembut tetapi tidaklah sampai berbuai.
Pembeli juga menerima penyaman udara untuk bahagian belakang, demi keselesaan penumpang.
Sebagai sebuah model 3-box, Honda City 2020 tidak terlepas pandang pada kotak terakhir. But belakang pada Honda City 2020 adalah yang terbesar dalam kelasnya.
Itu sahaja?
Seperti yang kami tonjolkan, Honda City 2020 adalah sebuah pakej. Boleh dikatakan, Honda City 2020 adalah pakej terbaik dalam pasaran sedan segmen B.
Hal ini kerana, Honda City 2020 berharga lebih murah berbanding kesemua pencabarnya. Perbandingan harga seperti berikut.
Model/Varian | Honda City | Nissan Almera | Toyota Vios |
Asas | S - RM 74,191 | VL - RM 79,906 | J - RM 74,623 |
Pertengahan | E - RM 81,664 | VLP - RM 85,715 | E- RM 82,593 |
Tinggi | V - RM 86,561 | VLT - RM 91,310 | G - RM 87,584 |
Honda Malaysia juga mengambil berat tentang keseluruhan aspek dalam Honda City 2020 serba baharu ini. Rekaan yang cantik adalah subjektif tetapi beberapa aspek yang lebih objektif dimenangi oleh Honda City 2020.
Dengan harga yang sedemikian, tawaran yang diberikan oleh Honda City 2020 memberikan lebih nilai berbanding harga yang dibayar.
Disebabkan itulah Honda City 2020 layak menerima anugerah Kereta Terbaik 2020 (Car Of The Year 2020). Kami tak mahu syok sendiri, anda tentukan! Jika anda bersetuju, undi model ini di laman undian Wapcar. Undian bermula 18 Disember 2020.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
Naik taraf
Honda
City
175-point inspection
1-year warranty
fixed price, no hidden fees
5-day monry-back guarantee
2020 Toyota VIOS G 1.5
8,681 km
2 tahun
Johor Bharu
2020 Honda CITY V 1.5
18,759 km
2 tahun
Ipoh
2019 Honda CITY V 1.5
18,560 km
3.5 tahun
Seremban
2017 Honda CIVIC I-VTEC 1.8
52,696 km
5.5 tahun
Bayan Lepas
2020 Honda CITY V 1.5
30,092 km
2 tahun
Kuala Lumpur
Mamak Talk
Which is the best-looking B-segment car? I vote for Honda City!!! And you?🤔 There have been a few new B-segment cars recently, like the Nissan Almera and Toyota Yaris, but I still think the Honda City looks best! What do you think? Please vote and leave a comment if you have a different opinion.
17
33
More
More
8