window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo?

Haris · Nov 4, 2020 11:59 AM

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 01

Nissan Almera Turbo, sebuah lagi pesaing baru untuk segmen B sudah pun diumumkan harga. Memilih waktu yang tidak konservatif (hari Ahad) untuk mengumumkan harga tersebut, Nissan Almera Turbo tampak mahu memberi elemen kejutan baik untuk pihak media mahupun pihak pembeli.

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 01

Harga yang diumumkan pula, menepati anggaran sebelum ini. Bermula dari RM 79,906 hingga RM 91,310, pastinya ramai yang membandingkan Nissan Almera Turbo dengan pencabar terdekat iaitu Honda City.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 01

Proton X50 juga turut mengumumkan harganya. Untuk julat harga yang sama, Proton X50 menawarkan posisi pemanduan yang lebih tinggi (SUV) dan kelengkapan yang lebih baik.

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 02

Namun setiap model mempunyai kelebihan yang tersendiri. Di sini kami senaraikan perbezaan harganya!

Model / Varian

Honda City

Proton X50

Nissan Almera

Asas

S - RM 74,191

Standard - RM 79,200

VL - RM 79,906

Pertengahan

E - RM 81,664

Executive - RM 84,800

VLP - RM 85,715

Tinggi

V - RM 86,561

Premium - RM 93,200

VLT - RM 91,310

Prestasi Tinggi

RS - belum diumumkan

Flagship - RM 103,300

Tiada

Jimat roadtax, jimat minyak? - Nissan Almera Turbo

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 03

Nissan Almera Turbo hadir dengan enjin 3 silinder berkuasa turbo DOHC yang digandingkan dengan transmisi X-Tronic CVT automatik. Enjin tersebut mampu menjana 100 PS kuasa kuda dengan 152 Nm tork.

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 04

Honda City (selain varian RS) dijana oleh enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT automatik oleh Honda. Varian prestasi menerima enjin 1.5L hibrid i-MMD yang mempunyai gabungan tork sebanyak 253 Nm (enjin: 98 PS / 127 Nm tork, motor: 108 PS / 253 Nm tork).

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 05

Proton X50 menggunakan enjin ‘port injection’ 3 silinder 1.5 Turbo MPI pula menjana 150 PS dan 226 Nm. Pilihan enjin ‘direct injection’ 3 silinder 1.5 TGDI pula menjana 177 PS kuasa kuda dan 255 Nm. Paling berkuasa walaupun mempunyai dimensi yang lebih besar dan berat.

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 06

Jika anda mahu penjimatan yang lebih menyeluruh (termasuk kos pemilikan) Nissan Almera Turbo dijangka memberikan lebih penjimatan berbanding ketiga-tiga model lain. Untuk kuasa pula, anda boleh pilih Honda City atau Proton X50. 

Ruang dan praktikaliti - Honda City

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 07

Perbezaan ruang dan praktikaliti masih memihak kepada sedan. Maaf peminat SUV! Besar tidak semestinya bagus. (sedan lebih selamat berbanding SUV)

Model 

Honda City

Proton X50

Nissan Almera Turbo

Ruang but belakang (liter)

519

330

482

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 08

Ruang but belakang Honda City

Sebagai sebuah SUV, Proton X50 kekurangan kapasiti but belakang berbanding pencabar sedan yang lain. Dengan jarak kelegaan tanah yang lebih rendah, pastinya Nissan Almera Turbo dan Honda City mempunyai kelebihan dalam aspek praktikaliti dan mungkin, kualiti pemanduan yang lebih baik?

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 09

Jika anda merancang untuk mempunyai keluarga (kerana kereta dibeli untuk jangkamasa lama), perhatikan juga kapasiti but belakang. Honda City adalah juara bagi praktikaliti dan ruang dalaman.

Kelengkapan dan kecanggihan - Proton X50

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 10

Untuk ciri keselamatan yang lebih menyeluruh, tentunya Proton X50 mendahului dengan ciri-ciri terbaru yang paling canggih. Tak perlu diperkenalkan lagi, Proton X50 varian Flagship mempunyai ciri Bantuan Parkir Automatik di samping Amaran Penukaran Lorong, Bantuan Kawal Laluan (Lane Keep Assist) dan Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control).

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 11

Nissan Almera Turbo juga masih berbaloi kerana dilengkapi dengan fungsi Brek Kecemasan Automatik (AEB), sebuah fungsi yang bukan sahaja mampu menyelamatkan anda, malah kereta anda dari ‘mencium’ kereta hadapan. Bukan itu sahaja, ia didatangkan standard untuk setiap varian.

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 12

Kamera monokular pada Honda City

Honda City RS pula menerima sistem ADAS Honda Sensing, antara sistem ADAS yang terbaik pada pendapat kami.

Walaubagaimanapun, Proton X50 memenangi aspek kelengkapan secara menyeluruh. Proton X50 adalah model paling murah untuk anda merasai pemanduan autonomous tahap 2 (L2 Autonomous Driving) yang setaraf Tesla.

Kesimpulan

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 13

Ketiga-tiga model mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Dengan perbezaan harga RM 4k, kelebihan paling besar Nissan Almera Turbo adalah sistem ADAS dengan AEB, enjin bersesaran yang lebih kecil untuk penjimatan roadtax dan minyak.

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 14

Kelebihan Honda City pula adalah pada kuasa enjin, ruang but yang lebih besar dan ruangan dalaman yang lebih praktikal. Honda terkenal dengan susun atur ruangan dalaman yang paling praktikal

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 15

Proton X50 pula lebih sesuai untuk mereka yang teruja dengan kecanggihan teknologi dan mahukan sebuah kenderaan yang lebih tegap. Bak kata peminat Proton X50, jika anda banyak mempersoalkan nilai Proton X50, senang cerita, anda tak mampu. Angkuh tapi beli SUV segmen B paling murah.

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 16

Pujian harus diberikan pada Nissan Almera Turbo yang hadir dengan rekaan yang menyegarkan. Honda City dan Proton X50 pula, mereka ada peminat tegar yang tersendiri. Adakah anda salah seorang daripadanya?

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo? 17

Kami berpendapat bahawa AEB sangat penting untuk kereta baru tahun 2020, antara 5 ciri yang wajib ada untuk kereta baru. Berbaloi bayar lebih RM 4 ribu untuk fungsi AEB?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda