Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan?

Kebelakangan ini, mesti anda seringkali mendengar istilah platform BMA, CMA, MQB, MLB, TNGA, DNGA dan sebagainya, bukan?

Walaupun dikenali dengan nama yang berlainan, ia masih merujuk kepada ideologi yang sama.

Platform BMA milik Geely-Volvo yang digunakan pada Proton X50

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan platform dan kenapa ia sebegitu penting buat sesetengah jenama? Syarikat seperti Geely/Proton, Toyota, dan Volkswagen sering mengetengahkan teknologi platform mereka. Sebaliknya, jenama seperti Mercedes-Benz dan Mazda tidak bercakap langsung mengenai hal ini.

Kereta dengan platform Nissan S. Kredit: Cars of Malaysia

50 tahun yang lepas, istilah platform sebenarnya tidak pernah diperkatakan.

Malah hari ini, kebanyakan jurutera automotif enggan bercakap mengenai platform.

Perbezaan diantara platform CMA (Volvo XC40) dan platform SPA (XC60/XC90)

Secara asasnya, platform boleh dianggap sebagai bahagian bawah badan kereta apabila dilihat dari tepi.

Misalnya, Volkswagen Golf menggunakan platform MQB yang sama seperti Volkswagen Tiguan tetapi apa yang membezakan kedua-duanya ialah di bahagian atas dimana ia boleh sering dianggap sebagai ‘top hat’.

Kereta elektrik mempunyai komponen yang sedikit. Dengan platform yang sama, mudah untuk bangunkan model elektrik yang lain

Secara teknikal, platform ialah sebuah struktur yang memegang komponen asas. Antaranya seperti steering rack, suspensi, pedal kaki, tali pinggang, sistem bantuan keselamatan ADAS, sistem hibrid, penyambungan wayar dan sebagainya.

Disebabkan ini, model yang sudah lama tidak boleh diterapkan dengan ciri moden secara begitu sahaja kerana ia sememangnya tidak boleh menampung komponen tersebut.

Dengan adanya sebuah platform yang kekal (modular), membangunkan pelbagai jenis kereta seperti sedan, hatchback, SUV mahupun MPV menjadi lebih mudah kerana mereka hanya perlu mengubah suai bahagian top hat.

Kebanyakan platform kereta hari ini adalah jenis modular. Perkara ini bererti kerja-kerja membangunkan pelbagai bentuk badan dengan jarak roda yang berbeza adalah satu kerja yang mudah. Malah platform sebegini boleh menampung pelbagai saiz enjin.

Walaupun kehangatan platform modular semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, ia bukanlah sesuatu yang baru mahupun berteknologi tinggi.

Toyota AE86 yang mengabungkan struktur Toyota AE80 yang berpacuan roda depan dan Toyota KE70 yang berpacuan roda belakang

Sebagai contoh, pengeluar kereta Jepun sudah menggunakan platform jenis modular sejak tahun 70-an. Cumanya, mereka tidak memanggilnya dengan istilah yang unik seperti yang terdapat pada hari ini.

Dua kereta yang tiada kaitan & dari platform yang berbeza digabungkan untuk menghasilkan Toyota RAV4 yang pertama

Misalnya, Toyota RAV4 yang pertama menggabungkan platform Toyota Corolla dengan tren kuasa Toyota Celica GT-Four. Toyota AE86 pula menggabungkan beberapa komponen daripada Toyota AE80 yang berpacuan roda depan dengan Toyota Corolla KE70 yang berpacuan roda belakang.

Mungkin menurut pengeluar kereta Jepun, menjelaskan bahawa sesuatu platform itu modular diibarat sebagai menjelaskan stoking yang dijual secara sepasang.

Malah mereka mungkin akan mengulas seperti “Siapalah yang cukup bodoh untuk menghasilkan satu platform yang hanya boleh diguna pada satu jenis kereta sahaja?”.

Antara contoh penggabungan komponen yang berlainan ialah pada Honda BR-V dimana bahagian depannya diambil daripada Honda City/Jazz. Bahagian tengahnya pula diambil daripada Honda Brio/Mobilio. Hanya bahagian belakang sahaja yang dibangunkan semula.

Honda tidak terlalu memasarkan teknologi perkongsian platform kerana mereka lebih mengutamakan pelanggan

Jadi apabila syarikat pengeluar kereta Eropah mula menggelarkan platform modular ini sebagai satu istilah yang baru, syarikat di Jepun berkemungkinan rasa bingung.

Platform MQB oleh Volkswagen, perasan tak struktur kekal yang berada diantara bahagian enjin, pedal kaki, dan stereng?

Walau apapun, adakah platform modular bagus? Bergantung

Dari sudut pembuatan, ia sememangnya meningkatkan tahap efisien dan pengalawan kos sesuatu produksi.

Sekiranya jenis kereta yang berlainan menggunakan komponen yang tersendiri, ia akan memakan belanja yang sangat tinggi. Malah syarikat pengeluar kereta jenis hypercar, Pagani juga meminjam beberapa komponen dari kereta biasa.

Untuk maklumat anda, aspek pengendalian dan keselamatan sesuatu kereta itu bergantung kepada kekukuhan casis/platform dan penggunaan bahan yang ringan tetapi kuat. Platform yang modular sebenarnya tidak ada kena mengena dengan pengendalian ataupun keselamatan. Ia sebenarnya lebih kepada keseimbangan kos.

Platform CMA oleh Volvo, perasan tak jarak kekal diantara steering rack, pedal kaki, dan bahagian enjin?

Malah kadangkala, ia boleh menimbul beberapa isu. Sebagai contoh, apabila kereta jenis sedan perlu berkongsi platform dengan kereta jenis SUV yang lebih tinggi, posisi pemanduan akan dikompromi kerana jurutera harus menggunakan sudut stereng, ketinggian papan pemuka, posisi pemanduan, posisi tombol gear, dan posisi pedal kaki yang sama untuk menampung pelbagai titik pinggul.

Kabin cantik tetapi posisi pemanduan tidak selesa

Disebabkan itu, terdapat pelbagai kereta moden yang mempunyai posisi pemanduan yang kekok. Perkara ini dibuktikan melalui posisi pedal kaki yang senget, sudut stereng yang lari, kerusi yang terlebih tinggi atau rendah, ataupun terowong tengah yang menjejaskan ruang kaki pemandu (seperti Mercedes-Benz C-Class). Kesemua isu ini disebabkan oleh platform sama yang harus menampung pelbagai jenis penggunaan seperti jenis kereta, tren kuasa yang berbeza, dan jenis pacuan roda.

Mazda telah berusaha keras untuk menghasilkan posisi pemanduan yang ideal buat platform yang dikongsi walaupun ianya sangat sukar

Namun demikian, sesentengah jenama lebih mengutamakan posisi pemanduan yang ideal. Menurut kami, kereta Mazda dan Toyota/Lexus (platform TNGA) mempunyai posisi pemanduan yang terbaik – sudut stereng yang tepat dan pedal kaki yang tidak senget.

2 tahun untuk membetulkan sudut stereng sebanyak 2º darjah

Platform TNGA oleh Toyota

Bagi menjelaskan betapa susahnya untuk menyempurnakan sudut stereng buat kereta yang berkongsi platform, mari kita lihat pembangunan kereta sport Lexus LC dimana ia berkongsi platform dengan limosin Lexus LS.

Penelitian yang sangat terperinci pada Lexus LC

Dari segi teknikal, Lexus LS yang berjiwa keselesaan mempunyai jarak tumit ke pinggul sebanyak 245 mm. Untuk Lexus LC yang mempunyai posisi pemanduan yang lebih rendah, jarak ini dikurangkan ke 200 mm kerana posisi pemanduannya lebih rendah.

Platform TNGA yang memberikan 5 variasi untuk susunan kerusi dan posisi tombol gear berdasarkan titik pinggul kereta. Disebabkan inilah syarikat Toyota/Lexus boleh mengutamakan posisi pemanduan

Oleh yang demikian, bagaimana hendak kekalkan posisi pemanduan yang ideal jika sudut stereng sebuah kereta sport sama dengan sebuah limosin?

Sewaktu Lexus LC dibangunkan, ketua penguji-pandu Lexus telah bertungkus-lumus selama hampir 2 tahun untuk meyakinkan akauntan Toyota supaya bersetuju mengeluarkan belanja bagi membetulkan sudut stereng sebanyak 2º darjah.

Perkara ini tidak mudah tetapi hujah oleh kedua-dua pihak difaham sepenuhnya oleh President Toyota sendiri.

Inilah kesempurnaan yang sebenar

2 tahun bertungkus-lumus untuk mengubah suai platform supaya sudut stereng boleh diubah sebanyak 2 degree? Syarikat mana sahaja yang sanggup berbuat demikian?

Posisi pedal kaki dan sudut stereng yang sempurna

Sekiranya anda faham betapa susah dan mahalnya untuk membangunkan kereta moden dengan posisi pemanduan yang sempurna, anda akan rasa bahawa kereta Mazda sebenarnya sangat berbaloi kerana kesemua modelnya mempunyai posisi pemanduan yang ideal.

TNGA bukan sekadar sebuah platform

Toyota memasarkan TNGA dengan begitu agresif tetapi ia sebenarnya lebih daripada sebuah platform. Secara terperinci, ia menumpukan pada bahagian pemasangan, cara kilang direka, dan bagaimana kereta dibangunkan sebelum badannya dikimpal sekali.

Walaupun TNGA sering dianggap sebagai platform, ia sebenarnya lebih daripada itu

Dalam erti kata lain, TNGA ialah falsafah pembangunan Toyota yang menghasilkan kereta yang lebih baik.

Sekian sahaja kelas asas buat topik platform kereta.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Persona

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model