Dari sudut reka bentuk, falsafah yang digunakan untuk keempat-empat varian ini cukup mudah iaitu mengimbau kembali era di mana motosikal tidak terlalu rumit namun tetap menitik beratkan kecantikan.
Untuk Super Four, ia tampil sebagai model naked dengan lampu depan bulat yang jelas mengimbau kembali kenangan indah ketika Honda berjaya menguasai pasaran motosikal dunia di era berkenaan.
Bagi varian Super Bold’Or pula, ia dipadankan dengan semi-fairing cermin separa gelap, rim berwarna keemasan (model SP) dan rekaan lampu depan petak yang agak moden.
Disebalik rupanya yang retro, ia tetap didatangkan dengan pelbagai ciri moden. Keempat-empat varian menggunakan enjin bersesaran 1,284cc, 4-silinder, 4-injap, DOHC penyejukan cecair dengan teknoloi PGM-FI dan dipadankan dengan transmisi klac manual 6-kelajuan dengan Assist & Slipper.
Kuasa yang dapat dihasilkan adalah setinggi 111Hp pada 7,750rpm dan tork 112Nm pada 6,250rpm.
Sistem suspensi pula adalah jenis fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala brek jenis dwi-cakera di depan dan cakera tunggal di belakang.
Ciri-ciri moden lain yang dimiliki CB1300 ialah Quickshifter dua hala, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan turut mempunyai tiga mod tunggangan iaitu Standard, Sport dan Rain.
Untuk varian SP, pemiliknya juga akan mendapat komponen khas seperti fork depan dari jenama Ohlins, dwi-absorber belakang dengan subtangki di belakang juga dari Ohlins, kaliper brek Brembo 4-piston dan pelana yang disulam.
Keempat-empat varian dipadankan dengan warna yang berbeza dan unik.
Bagi Super Four dan Super Bold’Or mendapat warna Pearl Sunbeam White (putih-merah) dan Beta Silver Metallic (perak), manakala Super Four SP dan Super Bold’Or SP berwarna Candy-Chromosphere Red (merah-putih) dan Pearl Hawks Eye Blue (biru-putih-merah).
Berdasarkan harga, Super Four dijual pada 1,562,000 yen (RM61,365), Super Bold'Or, 1,672,000 yen (RM65,690), Super Four SP, 1,936,000 yen (RM76,050) dan paling mahal ialah Super Bold'Or SP, 2,046,000 yen (RM80,370).
53