Mamak Talk
Owner Review: One of the best underrated hot hatch in Malaysia - My Suzuki Swift 1.4 GLX
237
Sebagai memperkasakan operasi khususnya terhadap perlaksanaan Op BENTENG, Tentera Darat Malaysia (TDM) memperoleh kira-kira 180 unit motosikal Scrambler Kawasaki KLX 250 bagi kegunaan anggotanya.
Majlis penyerahan motosikal berkenaan diadakan di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan.
Upacara berkenaan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.
Sejurus selesai taklimat pengoperasian kenderaan yang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Kawasaki Motors Sdn Bhd, Datuk Jefry Lim, semua yang hadir kemudian dipertontonkan dengan demonstrasi tunggangan Motosikal Scrambler tersebut yang dipersembahkan oleh The Army Red Warrior Motorcycle Team.
Ia kemudian disusuli dengan penyerahan replika kunci kepada Tan Sri PTD sebagai simbolik penyerahan Motosikal Scrambler tersebut kepada TDM.
Dengan penerimaan aset terbaharu ini, ia amat bertepatan dengan salah satu penumpuan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan”.
Ia adalah penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.
Turut sama hadir adalah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo Abdullah serta penglibatan minima Pegawai Kanan TDM.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
8