Honda
Honda City RS vs Ativa, should I still wait? Hi all, been waiting for the City RS since first announced...but till now no news. Should I still wait for it? The ativa seems like it has good specs but i'm not too sure about the design…
29
Selepas naiktaraf yang diberikan kepada Honda PCX yang kini dikuasakan enjin bersesaran 160 cc, timbul perkhabaran serupa satu lagi model skuternya, Honda Vario 150 bakal mendapat peningkatan serupa juga pada tahun ini.
Begitupun, berita itu diperoleh daripada negara jiran, Indonesia di mana motosikal skuter berkenaan sememangnya popular.
Memetik laporan daripada laman sesawang membabitkan automotif dari tanah seberang itu, Honda Vario 160 akan dilancarkan terlebih dulu di pasaran Jepun sebelum ia menerjah pasaran lain termasuk Asean.
Dan seperti PCX 160, Thailand mungkin menjadi negara pertama di rantau ini menerima kehadirannya diikuti Indonesia yang turut sudah pun menerima PCX 160 awal bulan ini.
Mengulas mengenai spesifikasi ejin baharu yang dimiliki Honda PCX 160, ia kini dilengkapi dengan enjin eSP+ baharu bersesaran 156.93 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, SOHC, 1 Silinder, 4 Injap yang lebih cekap berbanding dua injap pada model Honda PCX 150 sebelum ini.
Mengikut spesifikasi PCX 160 di Jepun, kuasa yang dihasilkan motosikal ini meningkat iaitu mencapai angka 16 Hp pada 8,500 rpm manakala tork 15 Nm pada 6,500 rpm. Selain itu, ia turut dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC).
Begitupun, bukan semua ciri-ciri yang ada pada PCX 160 akan diberikan kepada Vario antaranya teknologi HSTC, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau brek cakera depan dan belakang.
Ini berkemungkinan untuk menjaga pasaran Vario itu sendiri yang pastinya dijual dengan harga lebih mampu milik berbanding PCX 160 atau satu lagi model yang popular ketika ini ADV 150.
Dari sudut reka bentuk, tidak banyak perubahan dijangka berlaku namun rekaan lampu depan dan belakang mungkin berlaku sedikit perubahan.
Sebagai informasi, Honda sememangnya menjadikan model PCX sebagai asas sebelum syarikat berkenaan menaik taraf beberapa lagi model seperti Vario dan ADV 150.
Ketika ini, Honda Vario 150 versi terbaharu dijual pada tanda harga RM 7,499 di Malaysia namun kehadiran saudara baharunya, Honda ADV 150 mungkin sedikit 'mengacau' penjualannya.
Tidak seperti di Indonesia dan Thailand, tiada lagi model Honda PCX dipaparkan di laman sesawang Boon Siew Honda ketika ini.
Justeru adakah kita akan menerima Vario yang dinaik taraf itu nanti atau model itu akan menerima nasib yang sama seperti Honda PCX 150, hanya Boon Siew Honda mengetahuinya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Honda
Any chance all new Honda HRV come to Malaysia this year?What engine and specs will it equipped with? Hello fellas After the new generation of Honda HRV was released yesterday, I paid close attention to this model. This model will be launched in Japan in April. Will Malaysians have a chance to buy a new HRV this year? Will the new HRV be bigger? What engine? Will the price go up?
3
37
6