Reka bentuk luarannya mirip dengan model F8 Tributo selain daripada bumbung yang boleh dibuka tutup. Bumbung jenis keras yang boleh dilaras (Retractable Hard Top) tersebut boleh dibuka atau ditutup dalam masa 14 saat selagi kereta dipandu pada kelajuan bawah 45 km/j.
F8 Tributo dikuasakan oleh enjin yang sama seperti model Pista 488, menghasilkan 720 PS dan 770 Nm tork berbanding 670 PS / 760 Nm pada model terdahulu.
Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi klac berkembar 7-kelajuan. Pecutan 0-100 km/jam pula hanya mengambil masa 2.9 saat dan kelajuan tertinggi boleh mencecah 340 km/j.
Sebagai sebuah kereta convertible, Ferrari telah mengolah semula aspek aerodinamik kereta ini bagi memastikan bahawa angin tidak dapat masuk ke kabin ketika memandu pada kelajuan tinggi. Di samping itu, hal ini juga membantu mengekalkan kestabilan kereta serta membantu menyejukkan enjin.
Berat kering tanpa cecair hanyalah 1,400 kg, ini bermakna model ini 20kg lebih ringan daripada model 488 Spider, dan hanya 20 kg lebih berat daripada 488 Pista Spider yang lebih premium.
Model yang berkuasa tinggi seperti ini mestilah mampu dikawal. Oleh sebeb itu, Ferrari juga telah memperkenalkan sejumlah penambahan tetapan kawalan yang menjadikan pemanduan pada kelajuan tinggi lebih mudah dan konfiden. Anda hanya perlu memetik beberapa suis manettino yang telah ditetapkan dan kereta ini akan melakukan segalanya untuk anda.
Ferrari F8 Spider ditawarkan pada harga pengenalan RM 1,178,000 tidak termasuk cukai, duti, insurans dan tambahan lain. Penghantaran akan bermula pada tahun 2021 kerana terdapat gangguan bekalan di kilang pengeluaran yang berada di Maranello disebabkan oleh wabak Covid-19.
Pelanggan yang berminat boleh mengatur temujanji peribadi dengan pihak Naza Italia bermula 15 Mei hingga 31 Mei 2020.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}