Perubahan paling ketara bagi model berkenaan pastinya adalah dengan pengenalan brek cakera piston berkembar di tayar depan.
Ia adalah ciri-ciri yang boleh disifatkan sebagai premium bagi motosikal dalam kelas berkenaan. Lebih-lebih lagi, ia dijual pada tanda harga cukup hebat iaitu RM 3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Selain itu, 'wajah' Kriss 110DB ini juga mengalami perubahan apabila turut didatangkan dengan lampu hadapan jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam.
Begitupun, berdasaran posting di laman Facebook rakan media automotif, funtasticko.net, timbul satu video yang memaparkan sebuah motosikal Modenas Kriss 110 sedang menjalani ujian jalan raya.
Motosikal dengan tanda dagang K046S itu jelas dari model Kriss 110, bukannya varian terbaharu Kriss 110 DB kerana ia menggunakan brek depan jenis dram.
Tidak diketahui apakah tujuan ujian itu dibuat namun berdasarkan pemerhatian di laman Facebook syarikat berkenaan, rata-rata pengikutnya mahukan sesuatu yang berlainan daripada syarikat berkenaan.
Ia termasuklah pengenalan motosikal dalam kelas 'Super Moped' menerusi kerjasama dengan Kawasaki.
Perkara berkenaan bukan sesuatu yang mustahil kerana motosikal berkenaan juga dilaporkan sedang menjalani ujian jalan raya. Ini laporannya.
Sebagai info, Modenas Kriss yang dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1996 sememangnya berjaya memikat hati pengguna tempatan terutama dengan penawaran harga mampu milik.
Berbalik kepada cerita mengenai ujian jalan raya yang dijalankan kepada model Kriss 110, apa yang utama ialah ia diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat.
3