window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Tambah teruja, 'Super Moped' Modenas teruskan ujian di Changlun!

Khairil ยท Jan 4, 2021 03:00 PM

Spyshot: Tambah teruja, 'Super Moped' Modenas teruskan ujian di Changlun! 01

Kerjasama di antara Modenas (Motosikal dan Enjin Nasional) dan Kawasaki Heavy Industries (KHI) Jepun sememangnya diharapkan memberi 'nafas' baharu buat syarikat dari Malaysia itu.

Menurut laporan media, KHI sudah meningkatkan pegangan saham mereka sebanyak 30 peratus ke atas Modenas sejak 2019 yang membolehkan model Kawasaki dipasarkan untuk syarikat berkenaan.

Spyshot: Tambah teruja, 'Super Moped' Modenas teruskan ujian di Changlun! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkembangan itu jelas memberikan petanda yang positif tetapi tiada sebarang perkhabaran baharu mengenainya sejak daripada itu.

Untuk peminat Modenas, antara perkara yang paling dinanti-nantikan oleh mereka daripada kerjasama ini ialah mengenai pengeluaran motosikal Super Moped Modenas yang diharapkan mampu mencabar Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Benelli RFS 150 dan SYM 185i.

Spyshot: Tambah teruja, 'Super Moped' Modenas teruskan ujian di Changlun! 01

Sekali pun ada yang menyatakan projek berkenaan sudah pun berkubur, namun ia dinafikan Modenas pada satu majlis di Melaka pada tahun lalu.

Dan terbaharu, menerusi satu paparan gambar yang dikeluarkan pengikut Modenas Malaysia di Facebook iaitu Adlizan Saidi, ia kembali mencetuskan sinar dan keterujaan buat peminat jenama berkenaan.

Gambar itu menunjukkan sebuah model jentera moped Modenas yang sedang menjalani ujian jalan raya, berdekatan Changlun di Kedah.

Spyshot: Tambah teruja, 'Super Moped' Modenas teruskan ujian di Changlun! 02

Berdasarkan gambar itu, ia adalah serupa dengan model prototaip Super Moped Modenas yang diuji sebelum ini namun terdapat sedikit kemaskini antaranya sportrim.

Justeru, ramai yang beranggapan ia adalah versi prototaip paling terbaharu.

Begitupun, tiada sebarang maklumat mengenainya daripada pihak Modenas namun diharapkan projek ini akan menjadi kenyataan.

Spyshot: Tambah teruja, 'Super Moped' Modenas teruskan ujian di Changlun! 03

Foto Kawasaki super moped 175cc yang diedit menggunakan perisian photoshop di Vietnam yang tular pada 2017.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda