window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas perluas pusat “Service Plus” di Pantai Timur!

Haris · Sep 21, 2020 05:00 PM

Modenas perluas pusat “Service Plus” di Pantai Timur! 01

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd  atau MODENAS telah memperluas rangkaian pusat perkhidmatan lepas jualannya di Negara ini dengan pembukaan pusat “Service Plus” yang kedua khusus di wilayah Pantai Timur.

Terletak di Kuala Terengganu, ianya merupakan cawangan pusat “Service Plus” yang ke-37 di Negara ini yang dikendalikan oleh wakil MODENAS, DRZ Motorsport. untuk memenuhi keperluan pelanggan di negeri Terengganu dan juga di wilayah Pantai Timur.

Modenas perluas pusat “Service Plus” di Pantai Timur! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Majlis perasmian pembukaan pusat “Service Plus” ini  telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi. Turut hadir di majlis perasmian adalah wakil-wakil kelab pemilik motosikal MODENAS iaitu Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) dan Malaysia Pulsar Owners Club (MPOC) sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap jenama MODENAS.

Bersempena dengan pembukaan rasmi ini, MODENAS turut menganjurkan beberapa aktiviti termasuk pemeriksaan perkhidmatan servis percuma untuk pelanggan MODENAS dan juga tunggang uji motosikal Modenas yang disediakan untuk orang ramai.

Menyediakan sokongan tempatan untuk pelanggan kami - Roslan Roskan

Modenas perluas pusat “Service Plus” di Pantai Timur! 01

“Pusat “Servis Plus” dikhaskan untuk memberikan servis dan alat ganti berkualiti tinggi kepada semua pemilik “ street bike” Modenas dengan waktu pemulihan yang cepat. Ini termasuk pemilik Modenas Pulsar NS160, NS200, RS200, Dominar 400 atau V15. Pusat “Servis Plus” ini dilengkapi dengan semua alat diagnostik terkini untuk pelanggan kami di sekitar Terengganu, oleh itu mereka tidak perlu melakukan perjalanan jauh atau keluar dari Kuala Terengganu hanya untuk servis motosikal mereka.

Modenas perluas pusat “Service Plus” di Pantai Timur! 02

Sebagai sebahagian daripada matlamat MODENAS untuk memperkukuhkan usahanya untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, MODENAS mensasarkan untuk menyediakan sejumlah 40 pusat “Service Plus” menjelang akhir tahun ini. Setiap pelanggan kami adalah penting bagi Syarikat, dan oleh itu kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang  berkualiti tinggi tepat pada masanya."

Penjual Servis Plus baru

DRZ Motorsport “Service Plus” terletak di 116C Jalan Chabang Tiga Simpang Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Pusat “Service Plus” ini beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad (Tutup pada hari Jumaat dan Cuti Umum) dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda