Mercedes-Benz
Owner Review: First time owning an Euro car - My Mercedes-Benz C200
235
Laluan khas motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Plaza Tol Batu 11 dikejutkan dengan kehadiran sebuah Mercedes-Benz 230CE berwarna hitam yang dipandu di lorong motosikal di sana pada pagi Sabtu lalu (20 Mac).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian itu melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun yang sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari arah Balakong.
“Apabila sampai di Plaza Tol Batu 11, lelaki tersebut telah tersilap masuk ke laluan motosikal di Lebuh Raya Grand Saga di mana laluan itu tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan selain motosikal.
“Pihak kami telah berjaya mengesan lelaki tersebut di rumahnya dan hasil siasatan bersama waris lelaki itu mendapati dia adalah seorang warga emas yang tidak beberapa sihat dan mengakui tersilap memasuki lorong motosikal,” katanya menerusi satu kenyataan.
Siasatan polis mengesahkan kejadian tersebut tidak menyebabkan sebarang kemalangan dan saman di bawah kesalahan Seksyen 79(2) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas telahpun dikenakan terhadap pemandu warga emas berkenaan.
Walaubagaimanapun, dalam satu rakaman video yang dimuatnaik oleh netizen di Facebook, kenderaan itu “hampir menyebabkan kemalangan”.
Sumber berita: K! Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3