"Kemalangan dipercayai berlaku ketika Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dari arah Taman Putra membelok ke Jalan Mewah 2/3.
"Kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh Perodua Bezza di petak parkir di kiri jalan,"
Akibat daripada pelanggaran tersebut, sebuah Proton Saga yang berada di sebelah kanan jalan turut menjadi mangsa selepas dilanggar. Bukan sekadar itu, Toyota Hilux tersebut telah naik ke bonet hadapan Proton Saga tersebut lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Ia menyebabkan pelanggaran seterusnya dengan Volkswagen Beetle dari sisi kanan.
"Pelanggaran itu menyebabkan Volkswagen Beetle terbabit terbabas ke kiri jalan dan melanggar Proton Wira di petak parkir tepi jalan," katanya.
Pemandu Volkswagen Beetle tersebut cedera pada bahagian dada lalu dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan kecemasan.
"Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di wad Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan saksi kemalangan itu sedang dikesan," katanya.
Katanya, hasil ujian saringan terhadap pemandu Toyota Hilux mendapati tahap kandungan alkohol melebihi had ditetapkan, manakala ujian air kencing pula didapati negatif dadah.
"Pemandu Toyota Hilux itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman terhadapnya akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang, esok.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-13078348 bagi membantu siasatan," katanya.
Lagi berita pemandu mabuk:
Pemandu mabuk Merc E300 Coupe rempuh kereta polis, ambulan dan motosikal sekaligus!
Pemandu Avanza mabuk mengaku tak bersalah sebabkan mangsa meninggal, ikatjamin RM 10k
Anggota polis trafik ditangkap memandu lawan arus dalam keadaan mabuk
17