Mamak Talk
Owner Review: One of the best underrated hot hatch in Malaysia - My Suzuki Swift 1.4 GLX
237
Suzuki Motor Thailand secara rasminya melancarkan jentera 'Sportbike' terbarunya, Suzuki Gixxer SF 250 2021 di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021 yang hadir dengan tawaran harga 128,800 baht (RM 17,136).
Direka dengan konsep "Lifestyle Sport Bike" (Gaya Hidup Sportbike), ia menawarkan reka bentuk yang moden buat penggemar jentera 'full fairing' disamping penggunaan teknologi serba canggih dan terkini yang dimiliki Suzuki.
Dengan gaya yang dinspirasi dari Eropah, Gixxer SF 250 2021 didakwa memiliki prestasi yang sesuai untuk kegunaan harian di bandar atau tunggangan hujung minggu bersama rakan-rakan atau konvoi.
Dan paling utama, ia dikatakan memiliki DNA yang diserap daripada motosikal berkuasa tinggi Suzuki.
Menggunakan enjin bersesaran 249.1 cc, 4 Lejang, SOHC, motosikal suku liter ini turut menggunakan teknologi yang dicipta Suzuki ketika bersaing dalam kejuaraan dunia termasuk MotoGP iaitu (Suzuki Oil Cooling System), teknologi yang dikatakan pertama kali dicipta oleh Suzuki.
Selain mengurangan haba daripada pembakaran dalaman enjin, ia juga lebih ringan bagi membolehkan enjin bekerja dengan cekap dan mampu memberikan prestasi maksimum seperti yang diinginkan dalam setiap kelajuan. Selain menjimatkan bahan bakar, ia juga lebih tahan lama dan mudah dijaga.
Rekaan lampu depan tampak ringkas namun tetap sporty dengan penggunaan lampu jenis LED bagi memberikan pencahayaan jelas tidak kira pada malam atau siang. Paparan panel meter pula adalah dari jelas digital LCD penuh pelbagai informasi.
Bagi memudahkan pengguna, sistem penghidup pintar turut digunakan dan dari sudut keselamatan, ia menggunakan brek cakera depan bersaiz 300 mm yang mirip jentera berkuasa tinggi dengan angkup dari jenama BYBRE By Brembo di bahagian depan.
Bagi menambahkah keyakinan, jentera dengan berat 160 kg ini turut datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di kedua-dua brek depan dan belakang.
Apa yang pasti, kehadiran Suzuki Gixxer SF 250 2021 jelas sesuatu yang amat dinanti-nantikan peminat Sportbike suku liter di negara Gajah Perang itu yang sebelum ini hanya memperoleh GSX-R150.
Bagaimana pula di negara kita? Hanya Suzuki Motor Malaysia boleh menjawabnya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
Are there any good cars that you think are underrated in Malaysia? We have lots of Myvi, T&H, god car here, but actually there are some cars really value for money but get little recognition. I think one of them would be Suzuki Kizashi. Maybe not lots of ppl know this model, but it does occupy a place in my mind. Performance oriented car, supreme handling, fun to drive👍👍 Guys, what’s your opinion? Let us speak up for those underdogs!
13
47
8